Segmen Blog Review 2018



Hai, semua😊
Marilah ramai-ramai sertai Segmen Blog Review daripada Shuhaida Saad.

Saya baru je follow  blog Kak Shu ni masa blogwalking. Memandangkan saya baru saja mula aktif di blog, jadi saya selalu lah singgah ke blog orang lain untuk lihat macam mana blog mereka yang lebih berpengalaman. Tiba-tiba, ternampak pula yang beliau tengah buat segmen ni. Kalau anda nak join , boleh klik banner di atas.


Review untuk Blog Shuhaida Saad:
Perkara yang saya paling suka tentang Blog Kak Shu ni semestinya novel disebabkan hobi saya membaca novel. jadi, saya selalu mencari blog yang ada buat review tentang novel. Saya tahu tentang Blog Kak Shu ni daripada blog Kak Sha Mohamed sebab beliau ada buat satu post tentang Segmen Blog Review. Saya merasakan segmen yang dijalankan oleh Kak Shu ni merupakan satu medium yang baik untuk saya berkenal-kenalan dengan blogger yang lain. Selain itu, Kak Shu juga ada berkongsi tentang resepi, drama dan sebagainya. Dari segi design,  blog beliau nampak simple  tapi mesra pengguna.

*Tarikh tutup untuk Segmen Blog Review daripada Shuhaida Saad ni ialah pada 24 Disember 2018. Jadi, cepat-cepatlah join sebelum tarikh tutup. 


Comments

Post a Comment