Segmen Drop Your Link!

Segmen Drop Your Link!
Hai, semua😊.
Beberapa hari yang lepas, saya ada ternampak tentang Segmen Drop Your Link! di blog rakan blogger yang lain. Namun, disebabkan kekakangan masa saya asyik tangguhkan untuk menulis entri bagi segmen ini. Akhirnya, saya berkesempatan untuk menyertainya hari ini. Segmen ini adalah untuk pencarian bloglist. Sesiapa yang ingin sertai segmen ini boleh klik banner di atas untuk melihat syarat-syarat penyertaan.

Antara syarat untuk menyertai segmen ini ialah anda perlu follow blog dan akaun G+ Adinda Baizura Mazlan. Memandangkan saya tidak mempunyai akaun G+, jadi saya follow Instagram @_adindabaizura_ sebagai ganti. Untuk segmen ini, tiada content khusus yang perlu diletakkan dalam entri. Oleh itu, saya akan membuat review blog seperti biasa.

Penulis blog:
Penulis blog bernama Adinda Baizura Mazlan. Beliau merupakan seorang staf sepenuh masa di Uitm Shah Alam dan part time blogger. Perkenalan kami bermula apabila beliau meninggalkan komen di salah satu entri di blog ini. Beliau menyatakan bahawa beliau ada menganjurkan segmen. 

Review blog:
Saya sukakan template yang digunakan di blog Adinda Baizura Mazlan kerana warnanya. Blog tersebut ada berkongsi ilmu yang bermanfaat dan juga review buku. Semestinya blog yang membuat review buku akan selalu menjadi pilihan saya.

*Tarikh tutup untuk Segmen Drop Your Link! ini ialah pada 20 Januari 2019. Jadi, cepatlah sertai sebelum terlambat. 

Comments

Post a Comment