Sihat Itu Satu Rezeki

Hai semua. Maaf lama menyepi. Saya kurang sihat sedikit sejak minggu lepas. Sihat itu satu rezeki dan apabila rezeki itu ditarik, barulah sedar betapa besarnya nikmat sihat.

Semuanya bermula pada Khamis lepas. Malam tu perut kembung selepas makan rebung. Selama ni tak ada masalah pun makan rebung. Tak tahulah kenapa tiba-tiba pula perut kembung. Jumaat tu pula dah mula demam. Memang tak larat sangat ditambah pula dengan perut yang rasa tidak selesa.

Kemudian, perut sakit disebabkan makan pedas pada hari Sabtu. Jadi, kenalah berpantang daripada makan makanan yang berangin dan pedas. Cabaran nak mencari makanan ni bermula apabila saya dah pulang ke Melaka. Sememangnya Melaka terkenal dengan makanan pedas, jadi susah nak cari makanan yang tiada cili.  Asyik makan sup ayam je sebab sup tak pedas.

Ingatkan bila dah rasa okay sikit, tak ada masalah dah. Rupa-rupanya ada masalah lain pula. Tiba-tiba, kena cirit-birit pula. Nasib baik hari Isnin kelas tidak bermula lagi. Kalau sakit, memang susah untuk fokus di dalam kelas. Jadi, saya pun cuba cari jalan penyelesaian.

Saya Google tentang makanan/minuman yang sesuai dengan keadaan saya ni. Antara cadangan yang saya jumpa ialah minum teh halia atau air halia. Saya pun pergi ke kedai runcit untuk beli teh & halia sebab tak biasa minum air halia. Tapi halia tiada pula. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk beli air halia. Nasib baik ada dijual macam yang saya nampak di Google.

Minuman Halia Bermadu Nona

Saya cuba minuman halia bermadu jenama Nona. Pertama kali cuba sebenarnya. Ada dua perisa, iaitu madu dan original. Yang berbeza adalah tahap kepedasan. Saya ambil perisa madu sebab takut tak boleh tahan rasa pedas. Harganya RM 4.90 (harga mungkin berbeza di kedai lain). Dalam hati memang berharap yang saya boleh terima rasanya. Kalau tidak, membazir duit je beli minuman tu.

Sebelum dibancuh

Air halia bermadu selepas dibancuh

Minuman tu dalam bentuk serbuk. Cuma bancuh dengan air panas saja dan terus minum. Dari segi rasa, tidak terlalu pedas. Ada rasa manis daripada madu. Rasanya kenalah dengan tekak saya. Tapi minuman halia ni tak boleh diminum selalu sebab halia panas ditambah pula dengan madu yang panas. Saya memang selalunya demam kalau minum madu setiap hari. Mungkin ada yang jadikan amalan minum madu setiap hari disebabkan khasiatnya. Saya pernah buat dan selepas beberapa hari, confirm demam. Sebab tu saya dah tak minum madu setiap hari.

Semoga kita semua terus diberikan kesihatan yang baik. Hargai waktu sihat kerana kita akan merindui sihat apabila sihat digantikan dengan sakit.

Comments

  1. betul sangat tu, sihat adalah rezeki yang paling berharga dalam kehidupan kita.

    ReplyDelete
  2. Jannah seperti anak akak yang no. 2. Lepas makan madu, batuk baik... Tapi, lepas tu confirm demam.

    Semoga kita semua dalam lindungan Ilahi. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka ada juga yang sama macam saya. Mudah-mudahan begitulah.

      Delete
  3. Take good care of your heath JR, teh halia memang bagus. Cheq pulak suka minum Sido Muncul punya teh Kunyit Asam Sireh + Madu. Nanti cheq buat review produk minuman tu 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah buat review nanti. Nak tahu juga macam mana rupa produknya.

      Delete

Post a Comment