Segmen Bloglist SitiYangMenaip 1/2020

Segmen Bloglist SitiYangMenaip

Hai semua. Nampaknya semasa PKP ni ramai blogger yang menganjurkan segmen bloglist. Blogger Siti Yang Menaip atau SYM juga tidak melepaskan peluang untuk menganjurkan sebuah segmen pencarian bloglist. Sesiapa yang berminat untuk sertai boleh klik banner di atas.

Syarat-syarat penyertaan untuk segmen ni sangatlah mudah. Ada syarat yang wajib dan syarat yang tak wajib. Syarat yang wajib semestinya anda perlu follow blog SYM dan tulis satu entri. Syarat tak wajib pula ialah follow akaun Instagram @sitiyangmenaip dan YouTube channel Siti Yang Menaip. Kalau nak follow YouTube Channel The Wonderful Jannah sekali pun boleh. Disebabkan tiada entri spesifik yang perlu ditulis, jadi saya akan membuat review seperti biasa.

Penulis blog:
Blogger Siti Yang Menaip (SYM) merupakan seorang travel blogger. Beliau suka berkongsi pengalaman beliau di blog. Beliau bukan saja melancong di dalam negara tetapi ke luar negara juga. 

Review blog:
Template blog SYM ni simple je tetapi cantik. Dari segi niche, blog SYM lebih menumpukan kepada entri yang berkaitan travelling. Jadi, sesiapa yang suka melancong dan food hunting, bolehlah menggunakan blog SYM sebagai rujukan.

Hadiah yang ditawarkan ialah berada dalam bloglist SYM sehingga segmen pencarian bloglist yang seterusnya. Sesiapa yang terpilih harus meletakkan blog SYM dalam bloglist anda.

Semoga berjaya kepada semua peserta😊.

*Tarikh tutup untuk Segmen Bloglist SitiYangMenaip 1/2020 ini ialah pada 9 Mei 2020 (sama tarikh dengan Segmen Bloglist PKP 2020). Cepat sertai sebelum terlambat.

Comments

Post a Comment