Nasi Kerabu di Mydin MITC, Melaka

Hai semua.
Rasanya sudah lama saya tidak menikmati makanan dari Pantai Timur. Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk ke Mydin MITC, Melaka selepas ke Pesta Buku Popular di MITC (akan update dalam entri yang akan datang) lalu mencuba nasi kerabu di food court Mydin.

Nasi kerabu merupakan hidangan yang sangat terkenal di negeri Pantai Timur terutamanya negeri Kelantan. Keunikan nasi ini terletak pada nasinya yang berwarna biru. Warna biru pada nasi sebenarnya datang daripada bunga telang. Kebiasannya nasi kerabu dihidangkan dengan keropok ikan, ulam-ulaman, budu, telur masin, solok lada dan lain-lain.

Nasi Kerabu
Anda boleh lihat rupa nasi kerabu yang saya beli di medan selera Mydin MITC dalam gambar di atas. Kalau dilihat dari segi luaran, kebanyakkan komponen nasi kerabu disertakan dalam hidangan tersebut. Harga untuk sepinggan nasi kerabu tersebut adalah RM 9.00. Bagi saya, sangat berbaloi untuk dibeli kerana kuantitinya banyak dan ada ayam goreng disertakan. 

Hidangan tersebut juga dilengkapkan dengan keropok ikan, budu, telur masin, sambal, kelapa dan sayur-sayuran. Semuanya sedap tetapi sayur yang digunakan tidak sama dengan nasi kerabu yang saya biasa makan di Pantai Timur. Saya tidak pernah lagi lihat kubis ungu digunakan untuk nasi kerabu. 

Walaupun rasanya tidak 100% sama dengan nasi kerabu di Pantai Timur, tetapi saya rasa sangat berbaloi untuk menikmati hidangan ini bagi yang ingin melepaskan rindu kepada makanan Pantai Timur. Saya beri 8.5/10 bintang untuk hidangan ini dan saya memang akan repeat order

Baca tentang makanan Pantai Timur yang lain:

Comments

  1. Replies
    1. Haah, meriah dengan keropoknya. Ada sesetengah tempat tak sertakan sekali dengan keropok.

      Delete
  2. Sayurnya tak banyak ye.. Akak suka nasi kerabu nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Kak Sha. Sayurnya tak banyak sangat dan ulam-ulaman tak macam yang saya selalu makan. Tapi keseluruhan rasanya sedap.

      Delete
  3. Yea kurang sikit makan nasi kerabu, nasi dagang or yg seangkatannya hihihi. tp yg ni mcm nmpak nice je kan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh, terbaliklah kita. Saya kurang sikit makan nasi dagang, lagi suka nasi kerabu.

      Delete

Post a Comment