Hai, semua peminat-peminat novel.
Sebelum ini saya ada kongsikan tentang e-novel Kan Kutunggu Kau Kembali. Dalam bab 2 e-novel tersebut, terdapat dua watak baru yang diperkenalkan iaitu Adib dan Jessica. Anda boleh baca dalam babak perbualan antara Eshal dan Aqil semasa di KFC.
Saya bagi teaser sikitlah. Eshal dan Aqil bercerita tentang persahabatan Adib dan Jessica yang musnah kerana satu peristiwa. Kalau nak tahu perjalanan kisah Adib dan Jessica, marilah baca e-novel Cinta Terlarang, karya terbaru saya. Selamat membaca😊.
*Ini merupakan e-novel kedua yang saya kongsikan di blog ini. Saya harap anda dapat memberikan komen yang membina agar saya dapat membaiki cara penulisan saya. Terima kasih atas sokongan anda untuk karya-karya saya. Nantikan kesinambungan kisah Adib dan Jessica.
Sebelum ini saya ada kongsikan tentang e-novel Kan Kutunggu Kau Kembali. Dalam bab 2 e-novel tersebut, terdapat dua watak baru yang diperkenalkan iaitu Adib dan Jessica. Anda boleh baca dalam babak perbualan antara Eshal dan Aqil semasa di KFC.
Saya bagi teaser sikitlah. Eshal dan Aqil bercerita tentang persahabatan Adib dan Jessica yang musnah kerana satu peristiwa. Kalau nak tahu perjalanan kisah Adib dan Jessica, marilah baca e-novel Cinta Terlarang, karya terbaru saya. Selamat membaca😊.
E-NOVEL: Cinta Terlarang |
Suasana di Bukit Beruang agak lengang pada pagi itu. Tidak
ramai yang berkunjung ke sana walaupun hari ini merupakan hari cuti. Hanya terdapat sebuah keluarga,
beberapa warga emas dan pelajar universiti. Kebiasaannya, Bukit Beruang
dipenuhi oleh penduduk setempat yang bersenam dengan cara mendaki bukit
tersebut.
Kelihatan dua sahabat baik, Adib
dan Jessica gigih mendaki Bukit Beruang sehingga sampai ke kawasan rehat yang
membolehkan mereka melihat pemandangan dari atas bukit. Walaupun belum sampai
ke puncak bukit, tetapi itu sudah dikira satu pencapaian yang baik untuk orang
yang tidak terlibat dalam aktiviti mendaki secara aktif seperti mereka.
Udara pada pagi itu sungguh
segar lalu membangkitkan lagi semangat mereka untuk menyambung pendakian selepas
ini.
“Dib, segarnya udara pagi ni.
Nasib baik aku tak tolak ajakan kau untuk ke sini.” Jessica berasa sungguh
teruja dan seronok walaupun ini bukan pertama kali dia ke situ.
“Itulah, aku dah cakap. Kau
mesti menyesal kalau tak ikut aku,” kata Adib dengan bangga.
“Jangan nak bangga sangat. Dah
memang rezeki aku dapat menikmati udara segar sambil melihat pemandangan yang
indah dari atas Bukit Beruang.”
“Tak apa. Lain kali aku tak nak
ajak kau dah. Orang tak hargai nak buat macam mana.” Adib saja berpura-pura
merajuk untuk melihat reaksi Jessica. Selalunya sahabat baiknya itu tidak akan
melayan rajuknya.
“Kau ingat
aku kisah. Aku dah tahu drama kau ni. Jangan harap aku nak pujuk. Lagipun ni
semester terakhir kita. Jadi, aku memang akan tinggalkan Melaka tak lama lagi dan
aku rasa ni kali terakhir aku akan pergi ke Bukit Beruang.” Jessica memang
malas melayan sikap mengada-ngada Adib itu.
Adib memang
sudah dapat mengagak jawapan yang bakal diberikan oleh Jessica. Dia kelihatan
resah seolah-olah ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Jessica sibuk
menangkap gambar dan membiarkan Adib melayan perasaannya.
Nak cakap
ke tak nak? Adib, ni peluang terakhir kau untuk beritahu Jess. Sampai bila kau
nak simpan benda ni? Kenapalah susah sangat untuk aku dapatkan kekuatan untuk
beritahu Jess?
Jessica
yang melihat dahi Adib berkerut seolah-olah memikirkan sesuatu berasa hairan.
Tidak pernah dia melihat Adib sebegitu jika mereka ke Bukit Beruang. Risau pula
apabila melihatnya.
“Dib, kau okay tak ni?” Jessica bertanya untuk
mendapatkan kepastian.
Mereka
berdua saling memandang wajah antara satu sama lain. Jessica melihat wajah Adib
untuk mendapatkan jawapan bagi keadaan Adib manakala Adib pula sedang cuba
untuk mengumpulkan kekuatan. Adib tidak tahu sama ada dia harus meneruskan
niatnya atau pun tidak kerana terdapat beberapa orang berhampiran mereka.
“Dib. Adib.
Kau dengar tak apa yang aku tanya?” Jessica bertanya sambil tangannya dikibas-kibaskan
di hadapan mata Adib.
“Hah, aku okay je. Jess, aku ada sesuatu nak cakap
dengan kau. Tapi aku minta kau dengar dulu sampai habis. Jangan potong cakap
aku.” Adib mula menyusun ayat dengan rasa berdebar dan gementar sebenarnya.
“Apa dia
yang kau nak cakap? Aku janji aku akan dengar sampai habis dulu sebelum cakap
apa-apa.”
“Sebenarnya,
aku dah jatuh cinta dengan kau, Jess. Aku tak tahu bila perasaan ni hadir. Aku
rasa macam hari-hari aku tak lengkap tanpa kau, Jess. Aku tahu lepas ni kita
akan bawa haluan masing-masing memandangkan semester ni merupakan semester
terakhir kita. Tapi aku tak nak hubungan kita terputus di sini saja. Aku nak
kau ada dengan aku selamanya.” Terpancar wajah kelegaan Adib apabila dia dapat
meluahkan segala kepada Jessica.
“Dib, kau
main-main je kan? Tolonglah serius sikit kau ni. Tak habis-habis nak usik aku
dari dulu lagi,” kata Jessica sambil tertawa. Dia masih tenang kerana baginya
Adib hanya bergurau.
“Tak, Jess.
Aku tak main-main. Aku memang dah jatuh cinta dengan kau.”
Terasa seperti hendak gugur jantung Jessica apabila mendengar pengakuan Adib buat kali kedua. Dia benar-benar terkejut.
wahh pandainya Jannah menulis novel! kagumm hehe. best bestt
ReplyDeleteTerima kasih, Sayidah😊. Tunggu sambungannya nanti.
DeleteJeng jeng jeng......aduss cliffhanger pulak, hihi 😆👍🏻✨
ReplyDeleteKena baca bab-bab yang lain untuk tahu kisah selanjutnya, CS😂.
DeleteMemang kalau berlainan jantina tak boleh jd BFF kerana akan ada salah sorang yg akan menyimpan perasaan yg lebih dr seorang kawan. Selalunya mcm tu lah. Hihi. Atau mungkin dua2 sekali sama2 suka. Haha
ReplyDeleteRamai yang cakap macam tu😅.
Delete