REVIEW BLOG: HaTi yG BeRbIcArA

Hai semua.
Maaflah lama menyepi. Walaupun dah berminggu-minggu segmen blogwalking TWJ April 2019 tamat, tapi baru hari ni berkesempatan untuk buat review blog yang kedua. Dalam entri kali ini, saya akan membuat review untuk blog HaTi yG BeRbIcArA. Sebelum itu, mari kita berkenalan dengan pemiliknya terlebih dahulu.

Pemilik blog:
Beliau bernama Yaya Nadya dan telah lama menceburi dunia blogging, iaitu bermula pada tahun 2010. Sejak April 2019, beliau berhijrah ke negara Jepun kerana mengikuti suaminya yang menyambung pelajaran. Disebabkan kekangan masa, beliau kurang menulis entri baru berbanding ketika mula-mula menceburi dunia blogging.

Review blog:
Blog HaTi yG BeRbIcArA sudah berusia 9 tahun. Template blog yang digunakan agak ringkas dan nampak teratur kerana blog ini tidak mempunyai terlalu banyak widget. Selain itu, terdapat chatbox disediakan di sidebar blog ini. Kebanyakan entri terkini adalah tentang segmen yang dianjurkan oleh blogger lain. Nampaknya pemilik blog sangat rajin memberikan sokongan dan memeriahkan segmen blogger lain.

Entri yang saya suka:
1. Entri penghijrahan baru. Entri ini memberikan saya pengetahuan baru tentang kehidupan di Jepun. Tak sabar untuk banyak lebih banyak perkongsian tentang kehidupan di sana.

2. Entri personaliti diri. Saya bersetuju dengan entri beliau yang mengatakan bahawa setiap orang ada sinar kebaikan dalam diri walaupun mereka kelihatan jahat dan mempunyai sikap yang tidak baik.

3. Entri nuget tauhu ayam. Nuget tauhu ayam tu memang nampak sedap. Dalam entri ni juga, saya dapat tahu yang Yaya tak makan nasi untuk dinner.

Sekian sahaja review untuk kali ini. Jangan lupa blogwalking dan menyokong segmen-segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger.

Review blog untuk pemenang yang lain akan menyusul kemudian. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang😊.

Comments

  1. cool. hi ray first time kt sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Ray. Terima kasih sudi singgah di sini😊.

      Delete
  2. Woww nugget tauhu ayam. Menarik! Hehee. Done follow dia. Thankyou for reviewing her and her blog :D

    ReplyDelete
  3. macam best je nugget tauhu ayam tu! Boleh menyinggah ke sana nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mula-mula baca tajuk entri tu pun saya rasa macam best je makanan ni.

      Delete
  4. Dah follow juga blog nya. Hehe

    ReplyDelete
  5. terima kasih. yes yaya baru ada peluang untuk menulis blog kembali setelah lama menyepi..mengambil masa yang lama untuk membuat 1 entry..alhamdulillah urusan di sini selesai so oleh blogwalking lagi dan menulis entry lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama😊. Semoga terus aktif berblogging.

      Delete

Post a Comment