Semasa lawatan saya ke Bintulu, agak susah untuk mencari kedai makan kerana kami tidak biasa dengan suasana di sana. Masa dalam kereta tu, tengok-tengok juga kedai makan apa yang ada. Apabila sudah sampai di Pasaraya Farley. kami ternampak ada food court tetapi tiada yang menjual masakan kampung. Kemudian, kami ternampak Restoran Selera Kampung yang berada di seberang jalan, bertentangan dengan ATM di Pasaraya Farley.
Untuk sampai ke Restoran Selera Kampung dari Pasaraya Farley, kami perlu melintas jalan dan melalui stesen minyak Shell. Memandangkan jaraknya yang dekat, kami hanya berjalan kaki kerana selepas makan kami akan kembali ke Pasaraya Farley untuk membeli sedikit barang.
Semasa kami tiba, suasana di restoran tersebut agak sesak kerana waktu itu merupakan waktu makan tengah hari. Nasib baik masih ada tempat duduk untuk kami. Dekorasi di kedai itu agak ringkas tetapi terdapat pelbagai pilihan makanan bagi masakan panas.
Memandangkan saya dah lapar sangat ketika itu, saya hanya memesan nasi goreng ayam kunyit kerana memang nak makan nasi dan malas nak tengok menu lama-lama sangat. Untuk air pula, seperti biasalah saya hanya memesan air suam. Mari kita tengok makanan yang saya pesan.
Dari segi rasa, nasi goreng tersebut bukanlah tak sedap tetapi bukan juga terlalu sedap. Jadi, saya boleh katakan rasanya di tengah-tengah. Ayam kunyit pula agak masin. Namun, dari segi kuantiti, memang banyak dan berbaloi dengan harga.
Pada kunjungan kedua ke restoran tersebut, tidak ramai orang kerana kami makan tengah hari agak lewat. Disebabkan keletihan dan kehausan setelah berjalan-jalan di pantai, saya memesan kuey teow kungfu dan juga teh ais. Saya rasa memang saya buat pilihan yang tepat kerana kuey teow kungfu tersebut memang sungguh sedap. Inilah kuey teow kungfu ketiga yang dapat memenuhi citarasa saya selain satu yang berada di Pahang dan satu yang berada di Melaka. Kuey teownya garing dan bahan-bahannya banyak. Saya memang sangat berpuas hati dengan kualiti kuey teow kungfu tersebut.

Nasi Goreng Ayam Kunyit |
Dari segi rasa, nasi goreng tersebut bukanlah tak sedap tetapi bukan juga terlalu sedap. Jadi, saya boleh katakan rasanya di tengah-tengah. Ayam kunyit pula agak masin. Namun, dari segi kuantiti, memang banyak dan berbaloi dengan harga.
Keesokkan harinya, kami masih mengalami masalah untuk mencari tempat makan. Pada awalnya, kami merancang untuk makan di tepi pantai, tetapi macam tak banyak kedai yang buka dan kami tak pasti makanan apa yang ada. Akhirnya, kami makan tengah hari di Restoran Selera Kampung juga.
Kuey Teow Kungfu |
Pada kunjungan kedua ke restoran tersebut, tidak ramai orang kerana kami makan tengah hari agak lewat. Disebabkan keletihan dan kehausan setelah berjalan-jalan di pantai, saya memesan kuey teow kungfu dan juga teh ais. Saya rasa memang saya buat pilihan yang tepat kerana kuey teow kungfu tersebut memang sungguh sedap. Inilah kuey teow kungfu ketiga yang dapat memenuhi citarasa saya selain satu yang berada di Pahang dan satu yang berada di Melaka. Kuey teownya garing dan bahan-bahannya banyak. Saya memang sangat berpuas hati dengan kualiti kuey teow kungfu tersebut.
Secara keseluruhannya, saya memang akan sarankan anda untuk makan di Restoran Selera Kampung jika anda berkunjung ke Bintulu. Tak perlu pening-pening kepala untuk mencari kedai makan. Restoran ini juga dekat dengan Pasaraya Farley dan stesen minyak Shell. Harga makanan pula murah dan kuantiti makanan berbaloi dengan harga yang dibayar.
nampak menarik kuey teownya.. Alhamdulillah..
ReplyDeleteBukan sahaja nampak menarik, Kak Sha. Tapi rasanya memang sedap.
Delete