Hai semua. Terima kasih kerana masih menjadi pengunjung setia di blog ini. Baru-baru ini saya ada beritahu di Instagram bahawa saya membeli sehelai T-shirt. Jadi, mari saya kongsikan lebih lanjut tentang T-shirt tersebut.
Sebenarnya, sejak sem lepas lagi, adik saya mengajak saya untuk membeli T-shirt. Dia nak ajak beli sekali supaya dapat jimat kos postage. Memandangkan saya memang dah ada beberapa design T-shirt (saja-saja buat sebenarnya), saya pun bersetuju.
Setelah berbulan-bulan tertangguh atas sebab-sebab tertentu, akhirnya kami berpeluang membuat tempahan kepada Baju Panas Tee pada 14 Jun 2019. Menurut admin mereka, biasanya tempahan akan sampai dalam tempoh 3 atau 4 hari bekerja. Untuk pengetahuan anda, Baju Panas Tee beroperasi di Alor Gajah, Melaka.
Selepas beberapa hari, masih tiada nombor tracking diberikan. Jadi, saya hanya tunggu. Rupa-rupanya, Pos Laju sudah datang ke rumah untuk hantar baju tu tetapi saya tiada di rumah pada masa tu. Pilihan yang ada hanyalah ke pejabat Pos Laju.
Ingatkan tak ambil masa sangat untuk ambil bungkusan tu tapi perkara sebaliknya berlaku. Apabila pergi ke pejabat tersebut pada waktu pagi, pejabat tutup. Pada waktu petang juga, pejabat tutup dan saya diberitahu bahawa saya perlu menunggu sampai habis waktu rehat sembahyang Jumaat. Saya tunggu dalam kereta je sebab cuaca tengah panas masa tu.
Apabila pejabat sudah dibuka, ramai pula yang beratur untuk ambil barang. Nasib baik ada dua orang yang baik hati bagi saya ambil barang dulu. Terima kasih banyak-banyak. Mungkin mereka kesian dengan saya yang dah tunggu lama. Sekejap pergi ke pejabat Pos Laju, sekejap ke pejabat Pos untuk tanya. Lagipun saya nak cepat sebab nak ke perpustakaan dan ada orang sedang menunggu di sana. Jom kita tengok T-shirt yang saya tempah.
Bagi saya, T-shirtnya selesa dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan, iaitu RM 33 (harga berbeza mengikut design). Disebabkan saya membeli dalam kuantiti yang banyak (6 helai), kos penghantaran adalah percuma. Sesiapa yang berminat untuk tempah T-shirt, bolehlah lihat di IG: @bajupanas.tee.

T-Shirt The Wonderful Jannah |
Bagi saya, T-shirtnya selesa dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan, iaitu RM 33 (harga berbeza mengikut design). Disebabkan saya membeli dalam kuantiti yang banyak (6 helai), kos penghantaran adalah percuma. Sesiapa yang berminat untuk tempah T-shirt, bolehlah lihat di IG: @bajupanas.tee.
RM33 untuk sehelai + design ke? hee
ReplyDeleteHaah, Naim. Disebabkan lengan panjang, harganya mahal sikit. Kalau beli lengan pendek, lebih murah.
Deletecomel je designnya. Hehe
ReplyDelete๐
DeleteKalau bercakap pasal T-shirt, cheq paling suka Alam Fashion punya shirts, plain shirt without design. Material paling favorite ialah microfiber, selesa dan tak nipis sangat..just nice gitu. Cheq suka beli kat Shopee ๐
ReplyDeleteComei design JR tu..๐๐๐ป
Saya tak pernah lagi beli baju dari Alam Fashion. Mungkin boleh survey nanti๐.
Deletecomelnya design Jannah..
ReplyDelete