BLOGGER CHALLENGE: My Current Relationship

Blogger Challenge

Hari ni saya nak sambung buat blogger challenge. Untuk entri kedua ni, tajuknya ialah "My Current Relationship". Sebenarnya, saya pun tak tahulah macam mana nak tulis untuk tajuk ni. Saya cuba sebaik yang boleh lah. Jadi, jom baca.

Selama saya jadi blogger ni, tak pernah lagi saya kongsikan tentang status perhubungan. Ada sesetengah orang suka kongsi tentang pasangan mereka di blog. Saya tak kongsi bukan sebab nak rahsiakan tapi memang tak ada kekasih pun๐Ÿ˜‚. Jadi, inilah status perhubungan saya. Single but not available. Kenapa not available? Saya ada sebab-sebab tersendiri. 

Sejujurnya, saya tak pernah bercinta. Dari zaman sekolah sampailah dah masuk universiti sekarang ni, memang tak ada kekasih. Walaupun selalu je nampak rakan-rakan sebaya ada pasangan, saya tetap single  sampai sekarang dan tak terikut-ikut untuk cari kekasih. Saya tak kata yang kita tak boleh bercinta masa masih belajar. Bukan nak kata saya ni lebih baik. Bagi saya, nak bercinta ke tak terpulang pada diri sendiri. 

Salah satu sebab saya tak nak bercinta masa masih belajar sebab saya takut hilang fokus. Saya tak nak masalah percintaan membuatkan pencapaian akademik saya terjejas. Ada yang cakap pasangan kita akan dapat beri semangat untuk kita belajar. Saya pernah jumpa kes macam ni. Tapi tu masa tak bergaduhlah. Kalau masa tengah bergaduh, nak pergi kelas pun tak ada mood

Lagipun saya tahu yang saya ni jenis workholic. Saya boleh study ataupun buat kerja tanpa henti sampai tak makan. Jadi, saya takut tak dapat berikan komitmen untuk percintaan. Yang paling penting dalam mana-mana perhubungan adalah komunikasi. Saya bukan jenis yang suka orang hantar mesej setakat nak tanya "dah makan ke belum?". Kebiasaannya saya Whatsapp orang lain atas dasar kerja sahaja. Kalau sekali-sekala nak bertanya khabar tu tak apa, tapi kalau hari-hari rasa macam annoying juga. Pelik juga macam mana orang bercinta boleh chat sampai pukul 2 pagi๐Ÿ˜…. Saya juga tak yakin yang saya boleh luangkan masa untuk berjumpa selalu. 

Mungkin ada yang cakap "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Betul tu, tapi kena tengok kemampuan diri juga. Saya ada banyak komitmen lain. Jadi, kalau nak tambah satu lagi komitmen tu, tak tahulah macam mana nak handle. Saya anak sulung dalam keluarga. Semua adik-adik bergantung pada saya. Sekejap seorang Whatsapp minta tolong ajar buat kerja sekolah, sekejap lagi yang lain pula tanya macam nak tukar format fail. Printer ada masalah pun video call  saya juga. Belum tambah kawan-kawan yang Whatsapp untuk minta tolong tentang assignment. Waktu cuti semester jelah boleh rehat sikit. Tak adalah orang Whatsapp tiap-tiap hari. Kadang-kadang tu, semua maklumat dah ada tapi nak tunggu saya share dan extract maklumat untuk semua orang. Ada hikmah lah saya masih single sampai sekarang, boleh tolong keluarga dan kawan-kawan dulu sebab kalau dah ada pasangan memang fokus akan lebih kepada pasangan. Kurang dah masa untuk orang lain. 

Sebab yang terakhir ialah saya tak nak bercinta semata-mata untuk ikut trend. Bagi saya, niat kita bercinta tu kena betul. Jangan disebabkan kawan kita ada kekasih, kita pun nak juga. Saya sebenarnya risau juga dengan kes ex-boyfriend/girlfriend ganggu relationship  yang baru. Jadi, kalau boleh memang nak elakkan ada bekas kekasih. Orang kata biarlah first love and last love tu orang yang sama. 

Jadi, sekarang ni relationship saya dengan keluarga, kawan-kawan dan hobi saja. Masa terluang akan saya gunakan untuk blogging dan membaca novel. Kalau rasa bosan, keluar dengan ahli keluarga dan kawan-kawan je.

Rasanya sampai sini sahaja entri kali ini. Tak kiralah apa pun status perhubungan kita, yang penting jangan kecam orang lain atas keputusan yang mereka buat. Semoga kita semua diberikan jodoh yang baik dan berkekalan hingga ke jannah. 

Comments

  1. JR....my dear, cheq sokong you 100%!! ๐Ÿ˜†๐Ÿคœ๐Ÿป✨
    I can say that we very much think alike in this aspect. Thumbs up! ๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
    Replies
    1. ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

      Delete
  2. sama lah tak suka share status relationship dengan orang ramai kecuali dengan family and BFFsss.

    sama lah.. single but not available kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh tak nak lah expose sangat personal life kan, Sayidah๐Ÿ˜….

      Delete
  3. nice one Erin! hahaha tiba2 terinspired!

    ReplyDelete

Post a Comment