Tempat Makan Di Pahang: Restoran D'Pondok, Kuantan

Hai semua.
Sebelum ini saya ada kongsikan tentang tempat-tempat untuk dilawati di Pahang, hari ini saya ingin kongsikan pula tempat makan di Pahang. Saya nak jadikan kedua-duanya sebagai series di blog ini. Secara tidak langsung, dapat juga saya mempromosikan negeri Pahang yang mungkin daya tarikannya tidak begitu disedari oleh ramai pihak. Jadi, series tempat makan di Pahang dimulakan dengan Restoran D'Pondok yang terletak di Kuantan.

Restoran D'Pondok memang tempat makan yang sering menjadi pilihan saya dan keluarga untuk makan tengah hari kalau ke bandar Kuantan. Restoran ini terletak agak dekat dengan pusat membeli-belah terkenal di Pahang, iaitu Berjaya Megamall. Kalau sesiapa yang pernah ke Kamdar lama (sekarang ni Kamdar dah berpindah ke tempat baru) yang sudah digantikan dengan Gio Mall, anda mungkin pernah nampak restoran ini.

Terdapat pelbagai lauk-pauk kampung. Kalau tak silap saya, dalam 70 lebih jenis lauk ditawarkan. Memang rambang mata kalau ke Restoran D'Pondok. Rasa macam semua makanan nak ambil. Jom tengok dulu apa yang saya makan.

Nasi, ayam masak kurma, kangkung goreng dan tauhu telur

Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di atas, saya ambil lauk ayam kurma, sayur kangkung goreng dan tauhu telur. Semua tu memang makanan kegemaran. Selain itu, ada juga ulam-ulaman dan semestinya sambal tempoyak. Sambal tempoyak dia memang sedap. Sungguh berselera apabila makan nasi dengan ulam dan sambal tempoyak. Untuk air, macam biasalah saya minum air suam je.

Timun, salad, jantung pisang dan sambal tempoyak

Ulam-ulaman tu saya kongsi dengan orang lain. Bukan makan seorang diri je satu pinggan tu. Dari segi harga, saya boleh katakan berpatutan sebab tu kami pergi makan kat sini banyak kali dah. Tapi saya tak pasti berapa harga untuk semua makanan yang saya makan sebab kira sekali dengan makanan orang lain.

Di Restoran D'Pondok juga, terdapat sambal hitam Pahang dijual tapi bergantung pada stok. Kebetulan masa saya pergi makan hari tu, ada stok sambal hitam. Terus borong lima bekas, satu tinggalkan di rumah dan empat lagi sebagai bekalan untuk balik Melaka. Satu bekas sambal hitam tu RM 10. Sebenarnya, saya nak letak gambar kat sini tapi asyik lupa je nak tangkap gambar sambal hitam tu. Rasa sambal hitam tersebut lebih kepada rasa belimbing buluh, iaitu rasa masam-masam. Agak berbeza dengan rasa sambal hitam yang saya selalu beli. Langsung tak rasa pedas. Jadi, sesuai untuk yang tak makan pedas.

Bagi warga Pahang yang lain, kat mana anda selalu singgah makan kalau ke bandar Kuantan? Kongsikan di ruangan komen ya😊.

Comments

  1. Wah menarik ini. Lepas ini , kalau Naim ke Pahang boleh singgah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh-boleh. Banyak pilihan makanan kat Restoran D'Pondok tu.

      Delete
  2. Kak Feni belum sampai di Kuantan lagi. Dalam perancangan untuk bercuti ke sana. Bolehla cuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, bolehlah Kak Feni singgah ke restoran ni kalau nak makan masakan kampung.

      Delete

Post a Comment