Sekarang ini, bubble milk tea, pearl milk tea ataupun boba milk tea sudah menjadi trend di Malaysia. Ramai yang sanggup beratur panjang dan menunggu lama untuk mencuba minuman viral ini. Di YouTube juga ramai yang membeli pelbagai jenis milk tea dan membuat review atau mukbang. Sehubungan dengan kegilaan terhadap minuman yang berasal daripada Taiwan ini, ramai yang mengeluarkan kenyataan bahawa trend ini membawa gaya hidup yang tidak sihat dan kesannya bakal dilihat dengan pertambahan kadar obesiti dalam tempoh beberapa tahun kemudian. Jadi, mari kita lihat sudut positif dan negatif kemunculan trend bubble milk tea ini sebelum anda menilai sama ada trend ini bagus ataupun tidak.
Dari sudut positif, kemunculan trend bubble milk tea mewujudkan kepelbagaian pilihan bagi kedai minuman. Kalau sebelum ini, kedai minuman yang sering kita dengar ialah Cool Blog, Chatime dan Tealive. Kini, terdapat Xin Fu Tang, The Alley dan banyak lagi. Pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan. Mereka juga boleh memilih kedai minuman yang sesuai dengan bajet mereka kerana harga jualan untuk jenis minuman yang sama mungkin berbeza. Rasa boba mungkin berbeza bagi kedai yang berbeza.
Kemunculan banyak jenama bubble milk tea dan pembukaan lebih banyak cawangan kedai minuman tersebut menandakan bahawa lebih banyak pekerja diperlukan untuk menjalankan perniagaan. Hal ini secara tidak langsung, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak tempatan. Anak muda yang masih belum mempunyai kerja tetap boleh memohon kerja untuk mencari pengalaman.
Dari sudut yang negatif, pengambilan bubble milk tea secara kerap tidak bagus untuk kesihatan kerana kandungan gulanya yang tinggi. Kita harus ingat bahawa sumber gula dalam menu harian kita bukan sahaja datang dari minuman manis tetapi juga daripada nasi dan makanan-makanan lain. Bayangkan berapa banyak gula yang diambil jika kita minum dua cawan bubble milk tea sehari?
Meminum bubble milk tea pada waktu malam dan kurang beraktiviti pula membuatkan kalori yang kita ambil berlebihan berbanding kalori yang diperlukan dan dibakar. Lama-kelamaan, akan berlaku pertambahan berat badan dan jika tidak dikawal, boleh membawa kepada obesiti. Pada masa kini, Malaysia berada di carta teratas bagi kadar obesiti di negara ASEAN.
Sebenarnya, trend bubble milk tea ini boleh jadi bagus dan tidak bagus bergantung kepada respon kita terhadap trend tersebut. Jika kita boleh mengehadkan pengambilan bubble milk tea, tidak menjadi satu masalah pun adanya kemunculan bubble milk tea. Sebagai contoh, hadkan pengambilan bubble milk tea semasa meraikan hari yang istimewa seperti hari lahir, selepas tamat peperiksaan akhir ataupun selepas menyertai pertandingan. Jadikan bubble milk tea ini sebagai satu cara untuk reward diri kita bukanlah sebagai minuman harian.
Yang menjadi masalah sekarang ini ialah sesetengah rakyat Malaysia terlalu obses dengan trend ini sehingga sanggup beratur panjang pada waktu malam hanya untuk mencuba bubble milk tea yang viral. Pada waktu malam pula, kita memang kurang aktif. Hasilnya kalori daripada minuman tersebut hanyalah tersimpan. Sekarang ini juga, sudah ada trend baru, iaitu masak nasi menggunakan bubble milk tea berbanding menggunakan air biasa.
Takkan kita nak suruh semua kedai bubble milk tea tutup semata-mata tak nak berlaku kejadian pengambilan minuman ini secara berlebihan? Orang yang bekerja di kedai minuman tu tak bermasalah pun. Mereka hanya mencari rezeki dengan bekerja di kedai tersebut. Mereka tidak memaksa kita untuk membeli. Kita yang membuat pilihan untuk membeli, berapa banyak kita ingin beli dan berapa kerap kita ingin beli bubble milk tea.
Jadi, setelah anda baca hujah-hujah di atas, adakah trend bubble milk tea ini bagus ataupun tidak? Semuanya bergantung kepada cara anda mengendalikan trend ini. Pilihan di tangan anda. Jadilah, pelanggan yang bijak dan sentiasa pentingkan kesihatan diri. Nak minum bubble milk tea boleh tapi janganlah berlebihan.

rasanya lama dah ada bubble tea nie cuma akhir-akhir ini je baru macam meletop dan dicari ramai kan Jannah.. sesekali minum okaylah.. selalu bahaya juga.. memudaratkan kesihatan..
ReplyDeleteHaah, Kak Sha. Sebenarnya dah lama ada cuma bila dah viral barulah semua orang nak cuba. Nak minum pun kena berjaga-jaga juga. Tak boleh berlebihan.
DeleteSaya tengok minuman camtu viral skrg tapi taktau nape takde rasa teingin langsung
ReplyDeleteRasanya ramai yang cuba sebab viral je. Biasanya yang beratur panjang tu first time nak cuba. Saya selalunya tunggu orang buat review dulu. Kalau ramai kata best mungkin akan cuba tapi dengan syarat tak kena beratur panjanglah😅.
Deleteughhh masak nasi dengan milk tea is crap. Bahaya untuk kesihatan
ReplyDeleteKan? Saya pun terkejut masa tahu nasi bubble milk tea wujud. Tak pernah imagine akan masak nasi menggunakan air manis😂.
DeleteRasanya lama dah cuma sekarang baru viral. Tapi kak Fiza belum berkesempatan nak merasa.
ReplyDeleteBolehlah cuba dan buat review kat blog Kak Fiza.
DeleteSampai sekarang tak cuba lagi Bubble Milk Tea yang viral tu. Teringin nak cuba sedap sgt ke smpai viral. Hahaha. Tapi xrajin nk gi beli.
ReplyDeleteSamalah. Tak pergi semata-mata nak try bubble milk tea yang viral. Kalau kebetulan jumpa dan terasa nak minum, barulah beli.
Deletesaya minum bobba tu tapi xde la obses sanggup beratur panjang semua tu ...kalau lalu ada nampak dan x ramai orang o.k lah boleh try .. :)
ReplyDeleteSamalah kita. Saya malas nak beratur lama-lama semata-mata nak beli air tu😅.
DeleteKalau sekali sekala minum rasanya xde salahnya.. jgn Lah selalu
ReplyDeleteBetul tu. Kena kawal pemgambilannya.
Deleteminuman apa pun x leh consumre belebihan boleh mudaratkan kesihatan
ReplyDeleteBetul tu. Air masak pun kalau ambil berlebihan akan memudaratkan.
Delete