Hai semua.
Dua tiga hari ni memang tak sempat untuk saya update blog. Banyak sangat benda yang harus dibuat sampaikan blog terabai. Nasib baik dapat curi masa sekejap untuk tulis entri baru tapi cuma entri update jelah.
Dalam entri ni, saya nak ceritakan aktiviti untuk minggu ni. Seperti yang saya beritahu sebelum ni, saya perlu membuat final year project (fyp). Memang banyak kertas kajian (research papers) yang perlu dibaca untuk mendapatkan maklumat. Tapi masalahnya banyak yang tak faham apabila baca. Ayatnya saintifik sangat sampai susah nak faham apa yang ingin disampaikan๐. Inilah lumrah bagi pelajar sains.
Syukurlah perjumpaan dengan supervisor minggu lepas berjalan dengan baik. Minggu ni pun kena jumpa supervisor lagi dan minggu depan dah ada pembentangan bagi pengenalan untuk topik fyp. Memandangkan tajuk fyp saya ni masih baru lagi, tak banyak rujukan yang boleh didapatkan. Inilah risiko yang harus diambil. Tajuknya menarik tapi cabarannya juga besar.
Selain fyp, saya ada komitmen lain juga. Bila dah masuk tahun akhir ni, barulah nak rasa pengalaman anjurkan acara yang besar. Saya ditawarkan jawatan sebagai ketua bagi bahagian penajaan. Jadi, memang sibuklah sebelum acara tu untuk cari dana. Ingatkan apabila mula awal untuk cari penaja sejak sem lepas, kerja boleh selesai awal. Namun, apa yang diharapkan tidak terjadi.
Masa mencari penaja ni, memang terasa kepayahan untuk mendapatkan duit. Boleh dikatakan dalam fasa nilah dapat tahu macam mana perasaan kena reject ๐. Terima kasih buat yang sudi menghulurkan sumbangan. Sedikit atau banyak tetap dihargai. Bukan senang nak minta orang taja acara yang kita anjurkan lebih-lebih lagi untuk acara pendidikan. Mungkin sebab acara macam ni tak popular. Ada yang langsung tak bagi respon. Tapi tak apalah. Kita kena hormat keputusan orang lain dan tak boleh paksa diaorang untuk sponsor. Saya percaya pada rezeki. Kalau dah bukan rezeki kita, kita buat macam mana pun memang kita tak akan dapat. Tapi kalau dah rezeki, kita letak usaha sikit pun mesti dah dapat.
Minggu ni juga lab biologi dah bermula. Jadi, memang kena bersedia untuk buat lab report. Nasib baiklah lab ni bukan setiap minggu. Bolehlah lebihkan fokus untuk fyp. Memang kena bahagikan masa betul-betul sem ni. Tak boleh main-main. Yang mana kurang penting tu, memang tolak tepi dulu.
Macam pertama kali pula buat luahan perasaan kat blog. Bukan apa apabila banyak kerja perlu buat, kenalah cari cara untuk kurangkan stress dan blogging adalah salah satu cara untuk saya melakukannya. Rasanya sampai sini sahaja entri kali ini. Doakan agar ada yang bermurah hati untuk menaja acara yang saya dan rakan-rakan anjurkan dan proses menyiapkan fyp saya dipermudahkan. Semoga pembaca blog ini sentiasa dipermudahkan urusannya. Jumpa lagi.

Semoga di permudahkan urusan segala urusan Jannah.
ReplyDeleteTerima kasih, Naim๐. Semoga Naim juga begitu.
DeleteSemoga segala urusan Jannah dipermudahkan. Good luck dear ๐๐๐
ReplyDeleteThanks, Kak Fiza๐. Semoga urusan Kak Fiza juga dipermudahkan.
Deletesemoga dipermudahkan urusan..
ReplyDeleteTerima kasih, Ejulz. Semoga urusan Ejulz juga dipermudahkan.
DeletePrioritize what's important first JR. Blog ni jenguk sekali sekala aja pun tak apa. All the best tau..make your final year final, no repeats..๐ช๐ป๐
ReplyDeleteTerima kasih, CS๐.
DeleteSemoga berjaya dalam final year. Hujung tahun ni genap 10 tahun saya tinggalkan gelaran sebagai pelajar tapi bulan 9 ni terpaksa bergelar pelajar semula sebab ter'tak' sengaja submit permohonan sambung belajar :) doakan saya..haha
ReplyDeleteTerima kasih. Semoga Ahmadi dapat melalui fasa kehidupan sebagai pelajar dengan baik. All the best.
DeleteBelajar banyak perkara baru ye Jannah.. Semoga semua urusan Jannah dipermudahkan..
ReplyDeleteHaah, Kak Sha. Banyak benda baru sem ni. Terima kasih๐. Semoga semua urusan Kak Sha juga dipermudahkan.
Delete