Hai semua.
Hari ini saya ingin teruskan lagi Blogger Challenge dengan entri "Best Advice I've Ever Got". Sebenarnya macam-macam nasihat yang saya pernah dapat tapi tak akan nak tulis semua kat sinikan. Jadi, saya pilih nasihat yang beri impak besar dalam hidup saya.
Baiklah, mari kita mulakan. Nasihat terbaik yang pernah saya dapat daripada orang di sekeliling saya ialah "setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya". Pada pemahaman saya, nasihat ini bermaksud tidak kira perkara baik ataupun buruk terjadi kepada kita, pasti ada perkara baik yang akan menyusul kemudian.
Nasihat ini sebenarnya memang memberikan impak yang sangat besar kepada saya. Salah satu perkara yang mendorong saya untuk terus tabah dan bergerak ke depan walaupun dilanda berbagai ujian dalam hidup. Saya juga pernah mengalami fasa 'kejatuhan' dalam hidup di mana saya terasa ingin berputus asa. Rasanya semua orang pernah merasai fasa tersebut sekurang-kurangnya sekali.
Apabila ada perkara buruk terjadi ataupun apa yang berlaku tidak seperti yang saya rancangkan, saya akan cuba mengingati nasihat tersebut. Syukurlah, saya dapat melihat kesan positif apabila saya menetapkan dalam fikiran saya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Bukan mudah sebenarnya untuk kita menerima sesuatu yang tidak kita pinta terjadi dalam hidup. Tapi jika kita percaya bahawa setiap yang terjadi ada sebabnya dan akan ada perkara baik yang akan menyusul, pasti kita lebih tenang dan tabah dalam menghadapi ujian yang diberikan.
Oleh itu, janganlah mengeluh ataupun menyalahkan sesiapa jika sesuatu tidak berlaku seperti yang anda harapkan. Percayalah bahawa ada sesuatu yang lebih baik menanti anda. Terus terang saya katakan bahawa saya juga berfikiran negatif apabila semua yang saya harapkan tidak berjalan lancar. Namun, semuanya berubah setelah saya menerima nasihat tersebut. Saya menjadi seorang yang lebih positif. Ujianlah yang mematangkan kita dan mengubah diri kita menjadi lebih baik kalau kita mengendalikannya dengan baik.
Semoga perkongsian ini juga bermanfaat untuk anda. Dipersilakan untuk kongsi nasihat yang terbaik pernah anda terima di ruangan komen agar kita dapat berkongsi impak positif daripada nasihat tersebut. Sampai jumpa lagi.
as a normal human being tiap kali terjadi sesuatu kita mesti akan terus rasa down, putus asa tanpa ambil kejadian tu sebagai sesuatu yg positif. akak pun sama jugak.
ReplyDelete๐๐ป๐๐ป๐๐ป
Deletebila cerita pasal kejatuhan ni..mmg xde org yg x pernah jatuh rasanya..kecekalan utk bangkit tu bergantung pada individu kan
ReplyDeleteHaah, betul tu. Kekuatan diri yang bantu kita untuk bangkit semula.
Deleteofcoz.. semua yang terjadi ada sebab dan hikmahnya. kadang2 Allah kasi cepat kadang2 Dia simpan dulu sampai detik waktunya yang sesuai =)
ReplyDeleteBetul tu, SYM. Kadang-kadang perkara baik ni lambat sikit sampai.
Deletekeren tulisannya. selamat berkarya teroos. saya suka juga tampilan blognya
ReplyDeletebtw, jangan lupa mampir juga ke blog saya Blog Alister N ya. sekalian krisan kalo berkenan.
Terima kasih atas kunjungannya. Semoga kamu juga terus sukses dalam dunia blogging.
DeleteEvery cloud has a silver lining. Lebih kurang la maksudnya hihi ๐ค✨
ReplyDeleteMaksudnya lebih kurang cuma dalam bahasa yang berbeza je๐.
DeleteYup.. setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.. Walaupun tak mudah tapi kena positifkan diri supaya tak terlalu hanyut dalam kejatuhan/cabaran..
ReplyDeleteBetul tu, Kak Sha. Kita kena cuba positifkan diri dan terus tabah dalam meneruskan kehidupan.
DeleteSusah nak positifkan diri bila ditimpa ujian tapi bila dah tahu hikmah sebalik kejadian, rasa bersyukur sangat
ReplyDeleteBetul tu, Kak Farhana. Bila kita dah mula nampak hikmahnya, barulah kita jadi lebih positif.
DeleteSaya susah sikit nak positif bila down, memang rasa nak give up je. Tak tahu lah nak buat.
ReplyDeleteAda masanya saya pun macam tu juga. Dua tiga hari tu layan perasaan dulu. Lepas tu, baru mula bina kekuatan untuk kekal positif.
Delete