BLOGGER CHALLENGE: Something For My Kids To Know

Blogger Challenge

Hai semua. Setelah lama 'berehat' daripada Blogger Challenge, saya ingin meneruskannya pada hari ini. Rasanya ramai blogger yang dah lengkapkan challenge ni. Tapi tak apa. Saya cuba untuk lengkapkan semuanya perlahan-lahan. Entri hari ini ialah "Something for my kids to know".

Walaupun tak ada anak lagi, tapi tetap nak teruskan challenge ni😂. Baiklah, jom kita mulakan. Tak nak buang masa lagi.

Yang pertama, saya nak mereka tahu yang saya akan buat yang terbaik untuk mereka dari segi menyediakan keperluan asas dan juga memenuhi keinginan mereka (yang berfaedah dan logik sahaja). Saya mahu mereka dapat merasa kehidupan yang lebih baik dan selesa daripada saya. Tapi bukan bermakna saya akan terlalu memanjakan mereka. Ada sesetengah perkara yang saya tak akan bertolak ansur. 

Yang kedua, saya mahu mereka tahu yang saya tak harapkan kekayaaan dalam bentuk wang tapi dalam bentuk kasih sayang. Saya harap mereka akan tetap di sisi saya dan cuba meluangkan masa dengan saya walaupun mereka sudah ada kerjaya masing-masing dan berkeluarga. Bukannya saya harapkan mereka terus tinggal dengan saya selama-lamanya tetapi sekurang-kurangnya pulanglah melawat saya di rumah dan selalu hubungi saya melalui telefon. 

Yang ketiga, saya nak mereka tahu yang saya nak mereka berjaya dalam pelajaran dan mendapat pekerjaan yang baik supaya mereka dapat meneruskan hidup tanpa terlalu bergantung kepada saya. Saya tidak dapat bersama mereka selamanya. Jadi, saya tidak mahu mereka terkapai-kapai apabila saya tiada di sisi. Kejayaan mereka adalah untuk kesenangan mereka bukanlah untuk saya. 

Yang keempat, saya nak mereka tahu yang saya sentiasa ada untuk mereka. Jika mereka ada sebarang masalah, mereka boleh ceritakan pada saya. Saya mahu hubungan kami bukan sekadar antara ibu dan anak tapi boleh juga sebagai kawan, kakak dan adik, guru dan murid dan sebagainya. 

Cukuplah empat saja. Kalau nak bagi banyak lagi, panjang sangat pula entri ni. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.

Comments

  1. Kita semua nak terbaik untuk anak-anak. Join jugak challenge ni, sekadar suka-suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak-anak mereka.

      Delete
  2. Walaupun belum ada, tak pe kita tulis apa yang kita inginkan untuk anak2 kita.. Mana tahu satu hari nanti anak2 jannah akan membaca entry ini..

    ReplyDelete

Post a Comment