Rezeki di Hari Jumaat

Hai semua. Hari ni saya nak ceritakan tentang apa yang terjadi semalam. Tiga perkara yang saya tidak jangka telah berlaku. Kalau nak tahu apakah itu, kenalah baca entri ni sampai habis. Jom kita mulakan.

Tiga hari lepas, saya ada beli ayam lidi daripada penjual yang berniaga di kampus universiti. Memang sedap sangat ayamnya. Jadi, saya ingatkan nak beli lagi keesokan harinya. Tapi sayangnya ayam lidi tu dah habis dan kena tunggu peniaga goreng ayam. Memandangkan saya nak cepat sebab ada kelas selepas tu, saya pun membatalkan hasrat untuk beli.

Seperti biasalah, tiap-tiap minggu saya ada perjumpaan dengan supervisor untuk bincang tentang perkembangan FYP saya. Masa pergi sarapan di kafe universiti semalam, saya ternampak peniaga yang sama tengah buat persediaan untuk mula menjual tapi ayam masih belum digoreng. Tak apalah, mungkin boleh beli masa tengah hari nanti. 

Apabila sudah habis perjumpaan dengan pensyarah, saya pun ke gerai peniaga tu untuk beli ayam lidi. Masa tu dah tinggal dua je. Kebetulan pula, tak ada pelanggan lain masa tu, saya pun ambil keputusan untuk beli dua terus. Semasa tengah membeli tu, adalah berbual sikit dengan peniaga tu. Walaupun saya ni jenis yang tak banyak cakap, tapi saya layankan jelah. Kalau buat tak tahu je, nanti orang kata sombong pula. Ayam tu RM 1 satu. Jadi, saya bagilah RM 5 sebab tak ada duit kecil untuk RM 2. 

Kemudian, peniaga tu pulangkan RM 4. Saya pun nak pulangkan semula duit tu sebab takut dia salah kira. Tapi dia cakap tak apa. Dia bagi diskaun. Masa tu saya tak tahu nak cakap apa. Cuma cakap terima kasih je. Sudahlah saya memang teringin nak makan ayam tu dari hari sebelumnya. Lepas tu, dapat diskaun pula. Jadi, saya anggap sebagai rezeki sayalah. 

Pada waktu petang pula, saya keluar beli barang dapur. Kebetulan ada jualan stoking. Saya pun singgah sekejap sebab memang dah lama saya nak beli stoking baru. Saya dan kawan pun pilihlah stoking yang kami nak. Masa bayar tu, dapat diskaun RM 1 lagi sekali. 

Apabila tiba waktu makan malam, kami ambil keputusan untuk makan yong tau foo. Saya dah biasa beli daripada gerai tu. Masa pilih bahan untuk yong tau foo tu, saya memang tak jangkakan apa-apa. Tiba-tiba masa nak bayar untuk yong tau foo, pemilik gerai tu bagi percuma kuih. Saya memang speechless masa tu, Kali ketiga dah hari ni. Saya pun pelik kenapa ramai sangat yang bagi diskaun dan bagi percuma hari ni. Sebenarnya ini bukan kali pertama. Pernah cuma hal sebegitu terjadi tapi bukanlah banyak kali dalam masa sehari seperti hari ini. 

Kuih Percuma

Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk. Tidak semestinya dalam bentuk duit sahaja. Dapat makanan percuma, dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang ataupun dapat kawan yang baik, itu semua rezeki. 

Jangan mengeluh atau iri hati kalau orang lain ada banyak duit daripada kita sebab rezeki setiap orang tu berbeza-beza. Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kita ada dan berkongsilah rezeki dengan orang lain. Yang paling penting sentiasa fikir perkara positif dan tuturkan kata-kata yang positif. Bagi saya, setiap kata-kata itu umpama satu doa. Kalau kita selalu menuturkan kata-kata yang negatif, bagaimana perkara positif hendak terjadi kepada kita?

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 







Comments

  1. Ni kuih bingka ubi kan? Ya allah favourite akak sesangat ni. Penah sekali beli makan sorang-sorang pastu sakit perut sebab angin

    ReplyDelete
  2. Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang diterima..
    Itulah kadang-kadang kita tak sangka dengan rezeki yang tak dijangka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, LZ. Kadang2 rezeki datang tanpa kita jangka

      Delete
  3. Alhamdulillah.. Syukur dengan rezeki yang diterima.. Rezeki yang tak dijangka ini memang menggembirakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak sangka pun. Memang happy sangat. Dahlah sem ni stress dengan FYP. Dapat release stress sikit.

      Delete
  4. Terima kasih sudi singgah ke sini dan follow blog ini😊.

    ReplyDelete

Post a Comment