Nasi Kerabu di Restoran Pantai Timur, Bukit Beruang, Melaka

Hai semua. Terima kasih kerana masih setia mengunjungi blog The Wonderful Jannah. 
Ada tak yang suka makanan Pantai Timur seperti nasi kerabu? Kalau anda suka, entri ini sangat sesuai untuk anda. 

Untuk pengetahuan semua, saya merupakan peminat nasi kerabu. Namun, susah untuk mencari nasi kerabu di Melaka. Mungkin kerana citarasa yang berbeza dengan orang Pantai Timur. Setelah lama mencari, akhirnya saya jumpa satu kedai yang menjual nasi kerabu yang sedap dan banyak bahan-bahannya, iaitu nasi kerabu di Restoran Pantai Timur, Bukit Beruang, Melaka. 

Sebenarnya, saya tidak beli nasi kerabu secara langsung di kedai tetapi beli melalui aplikasi Foodpanda. Harganya ialah RM 7 (tiada cas penghantaran ke kawasan tempat tinggal saya). Saya tidak pasti sama ada harga di kedai berbeza ataupun sama. Tanpa membuang masa, jom kita lihat gambar di bawah.

Nasi Kerabu Restoran Pantai Timur

Apa pendapat anda setelah melihat gambar di atas? Nasi tersebut nampak meriah kan. Ada ayam goreng, keropok, ulam-ulaman, budu (tersorok di bawah timbunan nasi), sambal dan kelapa. Nasi kerabu tu memang disertakan dengan ayam goreng. Bukan dibeli secara berasingan.

Dari segi rasa, memang sedap. Kuantiti pun banyak. Memang dapat melepas kerinduan untuk makan nasi kerabu. Dapat juga makan budu di Melaka. Bukan senang nak cari😂.Bagi saya, memang berbaloi harga yang dibayar dengan kualiti makanan yang diberikan. Memang akan beli lagi kalau ada promosi tiada cas penghantaran di Foodpanda. Saya nak bagi 9.8/10 bintang untuk nasi kerabu ni. 

Kalau nak tahu sedap ke tidak, anda kenalah cuba sendiri sebab setiap orang lain citarasanya. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.

Baca tentang makanan Pantai Timur yang lain:

Comments

  1. sedapnyaaaa! tadi beli nasi kerabu dorang takbagi keropok :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesetengah kedai tak sediakan keropok. Sama juga macam telur masin dan solok lada. Kadang-kadang ada tapi harga lain.

      Delete
  2. Salam kenal.

    Nasi kerabu ni kat mana2 pun ada ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Nasi kerabu ni makanan dari Pantai Timur. Di negeri-negeri Pantai Timur senang nak jumpa tapi di negeri-negeri lain susah sikit nak cari.

      Delete
  3. Kebetulan sungguh baru semalam ja cheq dapat makan nasi kerabu. Takdak la cheq nak rasa terlioq sangat baca entri ni hari ni 😂

    Nasi kerabu memang sedap. Nasi ulam pun cheq layan 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik baca selepas makan nasi kerabu. Kalau tak mesti stress🤣.

      Delete
  4. ui favourite ni! Nampak sedap nasi kerabu tu!

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. Mujurlah baru je makan nasi kerabu sedap pagi tadi.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah, Kak Sha. Kalau tak mesti terasa nak cari nasi kerabu.

      Delete
  6. Woww rating 9.8 out of 10, mesti sedapp tuu hehe. Btw saya tak minat sangat nasi kerabu hahhaa. Kalau nasi lemak nasi ayam saya suka. Ehhh hehehe

    ReplyDelete
  7. nasi kerabu laa nii kat mana2 pun ada kan Jannah, kalau dapat yang ori versi pantai timur tu memang sodappp :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, Kak AJ. Tapi bukan semua betul2 versi Pantai Timur.

      Delete
  8. wahh tinginye rating ., mesti sedap giler nasi kerabu nih., ;p

    ReplyDelete
  9. Lama rasanya tak makan nasi kerabu.

    ReplyDelete
  10. banyak rupanya gerai nasi kerabu kat Melaka ni ya😊
    Bolehlah cuba nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni saya jumpa dua kedai yang jual nasi kerabu yang sedap di Melaka. Boleh cuba nasi kerabu kat kedai tu nanti😊.

      Delete

Post a Comment