REVIEW BLOG: Fiqadira

Hai semua pengunjung blog The Wonderful Jannah. Ini merupakan entri kedua untuk review blog bagi pemenang segmen 1st Blogversary TWJ. Hari ini saya akan membuat review bagi blog Fiqadira yang dimiliki oleh Nad.

Untuk pengetahuan semua, saya mengenali Nad melalui segmen yang telah saya anjurkan sebelum ini. Beliau juga merupakan seorang pelajar universiti seperti saya. Namun, beliau sudah tamat pengajian pada bulan lepas dan sudah pun mendapat pekerjaan. Beliau sudah terlibat dalam dunia blogging sejak tahun 2011 ketika berumur 16 tahun. Nampaknya begitu banyak pengalaman beliau dalam dunia blogging.

Tanpa melengahkan masa, jom kita mulakan review untuk blog Fiqadira. Ketika mula-mula menjejakkan kaki ke blog tersebut, perkara yang terlintas di fikiran saya adalah "cantiknya template blog ni". Kombinasi warna dan susun atur widget memang cantik dan kemas.

Disebabkan Nad amat meminati bidang fotografi, beliau sering berkongsi tutorial fotografi. Sesiapa yang nak mencari informasi tentang dunia fotografi bolehlah pergi ke blog beliau. Namun, blog beliau tidak terhad kepada fotografi sahaja. Ada juga perkongsian yang lain.

Saya juga suka mambaca entri Nad tentang pengalaman beliau sebagai pelajar dan pengalaman mencari pekerjaan. Mudah-mudahan lebih banyak perkongsian sebegitu selepas ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Nad atas sokongan yang diberikan kepada saya dan blog ini. Semoga Nad terus berjaya dalam bidang pekerjaan dan terus aktif berblogging.

Dua review telah dibuat. Maknanya terdapat satu lagi review yang bakal menyusul. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.


Comments

  1. alhamdulillah tahniah untuk sis Nad. kak nak pi bw jugak lah kat blog dia ^_^

    ReplyDelete
  2. Nanti akak nak bw blog dia. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป.

      Delete
  3. Terbaik. Nanti naim nak terjah blog dia. hehe

    ReplyDelete
  4. Best juga bila ada rakan blogger yang membuat review tentang blog blogger lain kan. Dulu seawal tahun 2008 kebiasaan cuma saling ganti logo blog dengan rakan lain je. time flying fast...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Tak pastilah pula kebiasaan sebelum ni sebab saya baru terlibat dengan dunia blogging selama setahun lebih.

      Delete

Post a Comment