Review Classic Chicken Domino's Pizza

Hai semua. Sebelum ini saya sering membuat review untuk menu-menu KFC. Kini, saya ingin membuat review untuk hidangan dari Domino's Pizza. Untuk entri kali ini, saya akan membuat review bagi Classic Chicken Domino's.

Sebenarnya, bukanlah selalu saya membeli pizza dari Domino's kerana harganya yang agak mahal. Namun, secara kebetulan terdapat promosi di aplikasi Foodpanda. Lagipun bosan juga hari-hari bungkus nasi dekat kedai.

Saya beli pizza bersaiz large (8 slices) yang berharga RM 47.80. Perancangan asal nak beli yang bersaiz regular  sahaja tetapi jumlah harga tidak mencukupi untuk menggunakan promocode. Jadi, saya pun belilah pizza yang bersaiz besar. Kalau di Foodpanda ni, ada cas penghantaran. Masa saya beli tu (dua bulan yang belas), cas penghantaran adalah sebanyak RM 5.30. Namun, selepas diskaun, saya hanya perlu bayar RM 17.73 sahaja. Betul-betul murah kan.

Untuk pengetahuan semua, hanya pembayaran secara online sahaja dibenarkan untuk membeli pizza Domino's melalui aplikasi Foodpanda. Pesanan anda nanti akan dihantar oleh pekerja Domino's bukan rider Foodpanda.

Jom lihat gambar pizza Classic Chicken dari Dominos.

Classic Chicken Domino's Pizza

Tanggapan pertama apabila melihat pizza Classic Chicken tersebut adalah toppingnya banyak. Memang tak nampak dah roti pizza kat tengah-tengah tu. Sos yang digunakan ialah sos tomato manakala toppingnya terdiri daripada hirisan ayam, zaitun dan lada benggala. Untuk crust, saya memilih New York crust.

Dari segi rasa, memang sangat sedap. Nampaknya saya membuat pilihan yang tepat. Ada lapan slices sebab pizza tu bersaiz besar. Memang puas hati makan. Classic Chicken Domino's ni akan menjadi menu yang akan saya repeat order. Sesiapa yang selalu membeli pizza Domino's bolehlah kongsikan menu kegemaran anda di Domino's. Mungkin saya boleh cuba lain kali.


*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan Domino's Pizza yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Baca review makanan segera yang lain:
Review KFC Cheezy Rice Bowl

Comments

  1. Saya dapat promosi melalui SMS, RM45 untuk 3 regular & 1 side! Cukuplah makan berlima.. :) Topping kegemaran saya Chicken Classified. Simple, milky lemak-lemak. :D

    ReplyDelete
  2. tersinggah pulak memalam ni adui. lapar pulak

    ReplyDelete

Post a Comment