Review BBQ Chicken Domino's Pizza

Selepas membuat review pertama untuk pizza dari Domino's, hari ini saya ingin membuat review kedua untuk BBQ Chicken Domino's. Kelainan sikit untuk tahun 2020 ni. Selalunya orang kenal blog The Wonderful Jannah dengan review KFC.

Untuk pengetahuan semua, pizza tersebut bukan saya beli ketika arahan kawalan pergerakan. Saya beli ketika ada promosi di Foodpanda pada bulan Januari tetapi macam biasalah setelah beberapa bulan baru berkesempatan untuk tulis review.

Saya beli pizza bersaiz large (8 slices) yang berharga RM 42.90. Lebih murah berbanding dengan Classic Chicken Domino's. Cas penghantaran pula adalah sebanyak RM 5.30. Selepas ditolak dengan diskaun, saya hanya perlu bayar RM 16.45 sahaja. Cara yang bijak dan menjimatkan kalau nak beli pizza dari Domino's adalah membeli apabila ada promocode di Foodpanda.

Dipersilakan lihat gambar pizza BBQ Chicken dari Dominos.

BBQ Chicken Domino's Pizza

Berdasarkan pemerhatian saya, pizza BBQ Chicken ni memang dipenuhi dengan cheese. Sampai tak nampak dah topping lain. Sos yang digunakan ialah sos bbq. Rasanya macam sos bbq untuk nugget McD. Toppingnya pula terdiri daripada hirisan ayam, bawang dan lada benggala. Untuk crust, saya memilih New York crust juga seperti pizza Classic Chicken.

Dari segi rasa, memang sedap. Cheese sangat banyak dan sesuai untuk penggemar cheese di luar sana. Habis lapan slices saya makan seorang diri😆. Tapi bukan sekaliguslah. Dua kali makan. Antara menu yang saya akan repeat order di Domino's Pizza.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan Domino's Pizza yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Baca review Domino's Pizza yang lain:
Review Classic Chicken Domino's Pizza

Comments

  1. Cheq pun suka pilih New York crust kalau order pizza Domino's. Topping pizza feveret cheq pula ialah Prawn Passion 😆

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. mcm fau2 mama tgh craving pizza ni

    ReplyDelete

Post a Comment