Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela


Hai semua pengujung setia blog The Wonderful Jannah. Hari ni saya ingin sertai sebuah segmen pencarian bloglist. Segmen ini dianjurkan oleh blogger Cik Miela. Sesiapa yang berminat untuk sertai boleh klik banner di atas.

Syarat-syarat penyertaan untuk segmen ni sangatlah mudah. Tiada entri spesifik yang anda perlu tulis. Buat entri yang ringkas saja sudah mencukupi. Namun,  pastikan anda follow blog dan akaun Instagram @salmilanadia juga. Seperti biasa, saya akan membuat review blog bagi segmen yang saya sertai. Jom sama-sama kita baca.

Penulis blog:
Blogger Cik Miela merupakan seorang blogger dari utara Malaysia. Beliau ialah seorang graduan dari Universiti Sains Malaysia (USM). Sejujurnya, saya baru sahaja mengenali beliau setelah beliau singgah ke blog ini dan meninggalkan komen. Jadi, tak dapat nak bercerita banyak tentang beliau😅.

Review blog:
Saya sukakan template blog Cik Miela yang ringkas tapi cantik. Tambahan pula, blog tersebut berwarna merah jambu, iaitu warna kegemaran saya. Selain itu, niche blog Cik Miela adalah pelbagai. Jadi, dengan hanya berkunjung ke satu blog, anda dapat tahu tentang macam-macam perkara. Antaranya adalah review makanan, tips, tutorial dan kisah Cik Miela di USM.

Untuk pengetahuan semua, para pemenang akan berada dalam bloglist Cik Miela untuk tempoh tiga bulan. Hadiah yang sangat berharga untuk seorang blogger kerana dapat menyumbang kepada trafik blog.

Semoga segmen seperti ini dapat membantu kita untuk lebih mengenali rakan-rakan blogger.

*Tarikh tutup untuk Segmen Bloglist 2020 byCik Miela ini ialah pada 15 Mei 2020. Cepat sertai sebelum terlambat sebab hadiah yang disediakan memang menarik.


Comments

  1. Replies
    1. Terima kasih,Kak Sha. Jemput join segmen bloglist saya.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih, Cikgu Etuza. Jemput join segmen juga.

      Delete
  3. Selamat bersegmen. Wah rajin buat review ehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Memang dah biasa buat review kalau join segmen😁.

      Delete
  4. cek sini dear

    http://zzzyy.blogspot.com/2020/04/pemenang-segmen-apakah-perkara-pertama.html

    ReplyDelete
  5. selamat bersegmen .. waa ada review sekali.. good luck!

    ReplyDelete
  6. Hai tq join. Boleh lihat senarai peserta di sini https://shalmilanadya.blogspot.com/2020/05/senarai-peserta-segmen-bloglist-2020-by.html

    ReplyDelete
  7. Saya nak join juga dan join juga segmen dari Womderful jannah

    ReplyDelete
  8. nak join lah nanti hehehe. goodluck awak! :D

    ReplyDelete
  9. Blogwalking sini dari segmen yang sama :)

    ReplyDelete

Post a Comment