Hai semua. Hari ini saya ingin kongsikan tips untuk menurunkan berat badan. Pasti ramai yang ingin memastikan berat badan tidak naik mendadak terutamanya semasa PKP ni. Perlu diingatkan bahawa kita ingin mengawal berat badan bukan untuk kurus sahaja tetapi yang paling utama adalah untuk menjadi lebih sihat.
Perkongsian ini saya lakukan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Tips-tips di bawah berkesan untuk saya. Saya memilih cara di bawah kerana saya ingin menjadi lebih sihat dari segi gaya hidup. Bukan kurus semata-mata. Sebenarnya, semuanya bermula apabila saya diserang gastrik yang teruk dan terpaksa menukar cara pemakanan. Tidak merancang untuk buat seperti di bawah😂. Marilah baca tipsnya.
1. Hentikan minum air manis
Air yang saya minum hanyalah air masak sama ada di rumah ataupun ketika makan di luar. Selain dapat mengurangkan pengambilan gula yang berlebihan, kita juga dapat menjimatkan duit kerana selalunya air suam ni percuma saja. Disebabkan saya memang jenis yang minum air masak saja, agak mudah untuk elakkan minum air manis. Pearl milk tea dan teh ais yang menjadi kegemaran pun dah ditinggalkan sebab selalunya minum untuk release stres belajar. Jadi, apabila di rumah, memang tiada pengambilan air manis selalunya.
2. Tidak abaikan sarapan pagi
Sarapan pagi amat penting untuk mengelakkan kita makan berlebihan nanti. Apabila kita makan dalam keadaan yang amat lapar, kita cenderung untuk makan secara berlebihan. Pastikan menu untuk sarapan pagi juga adalah menu yang sihat.
3. Kurangkan makanan berminyak
Makanan berminyak merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kita susah untuk turun berat badan. Jadi, saya lebihkan untuk makan makanan yang dimasak sup/bakar. Kalau makan makanan yang digoreng boleh tapi kena kawal kuantiti. Masakan dengan kuah yang berminyak pula kalau boleh dielakkan lebih baik. Bagi sayur-sayuran pula, saya banyakkan makan ulam/sup sayur berbanding goreng sayur tersebut.
4. Tidak makan malam terlalu lewat
Saya akan pastikan saya makan tidak terlalu lewat/menghampiri waktu tidur. Paling lewat saya makan malam adalah pukul 8 malam. Semasa di universiti, selalunya saya makan pukul lima lebih atau enam lebih. Di rumah pula, kebiasaannya pukul tujuh lebih kerana makan bersama-sama ahli keluarga.
5. Kurangkan kuantiti nasi sedikit demi sedikit
Kurangkan kuantiti nasi dapat membantu untuk turunkan berat badan kerana dapat mengurangkan jumlah kalori yang kita ambil. Secara tidak langsung, kuranglah lauk yang kita makan. Namun, kena pastikan jangan kurangkan secara mendadak. Saya lebih selesa untuk kurangkan kuantiti secara berperingkat untuk membiasakan diri makan sedikit. Apabila kita terus mengurangkan kuantiti nasi dari satu pinggan penuh kepada suku pinggan, mungkin badan kita akan berfikir kita masih belum kenyang dan kita cenderung untuk ambil makanan-makanan lain untuk membuatkan kita kenyang.
6. Dapatkan tidur yang cukup
Tidur memang sangat penting untuk diri kita. Pastikan kita dapat tidur secukupnya dan elakkan tidur lewat melainkan kalau ada tugasan yang amat penting untuk disiapkan. Saya akan tetapkan masa untuk tidur. Jadi, secara automatik apabila sudah sampai masa yang ditetapkan, saya akan berasa mahu tidur.
7. Kurangkan stres
Disebabkan stres antara faktor penyumbang utama untuk kenaikan berat badan, stres harus kita tangani sebaik-baiknya.
8. Banyak bergerak dan kekal aktif
Untuk memastikan kalori yang digunakan adalah melebihi kalori yang diambil, kita perlu banyak bergerak. Pilih tangga berbanding lif kalau bangunan tersebut tidak terlalu tinggi. Pilih berjalan kaki berbanding menaiki kenderaan apabila ke tempat yang dekat.
9. Bersenam
Bersenam ni tidak wajib untuk turunkan berat badan kerana faktor pemakanan sebenarnya lebih memberi kesan dalam proses penurunan berat badan. Namun, bersenam dapat mempercepatkan lagi proses tersebut. Saya bersenam 2-3 kali seminggu dan hanya bersenam mengikut kemampuan diri.
10. Kurangkan/hentikan snek yang tidak sihat
Kadangkala kita akan rasa lapar walaupun dah makan makanan yang berat seperti nasi. Untuk mengatasi rasa lapar itu, kita boleh mengambil snek tapi pastikan kita memilih snek yang betul. Contoh snek yang sihat ialah buah-buahan dan kekacang. Kalau rasa teringin makan snek yang kurang sihat pun, saya akan makan tetapi saya kawal kuantitinya.
Apa yang paling penting adalah berusaha mengikut kemampuan diri. Jangan memaksa diri untuk turunkan berat badan sehingga memudaratkan kesihatan. Kesihatan diri yang paling penting. Semoga dipermudahkan urusan untuk kita semua kekalkan gaya hidup yang sihat.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Tips yg baik...tp kalau sy waktu bulan puasa jrg turun sbb brbuka mkn mcm2 hehe
ReplyDeleteSalah satu sebab orang susah nak turun berat badan masa puasa adalah sebab juadah berbuka😂.
DeleteSebulan puasa turun 5 kg
ReplyDeleteSeminggu raya naik balik 5 kg
Ni pun satu masalah juga😂.
DeleteTq for the tips
ReplyDeleteNo problem😊.
Deletesaya bulan puasa confirm turun berat. nak dapatkan balik tu fuhh..
ReplyDeleteKena makan banyak sikitlah time raya untuk naikkan semula berat badan😁.
Deletewah...sangat bermanfaat info ini..
ReplyDeletememang nampak logik berdasarkan pengalaman saya yang cetek ini..
😁
Deletesenarai bloglist SYM dah update
ReplyDeletehttps://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/05/senarai-bloglist-sym-12020.html
Okay, SYM😊.
DeleteBagus semua petua ni, cheq setuju 😆👍🏻
ReplyDelete👍🏻😁
DeleteTips yang baik..
ReplyDeleteAir manis tu susah sket nak pisah hubh
ReplyDelete