Chicken Chop Di Melaka

Hai semua. Kembali lagi dalam entri makanan. Entri ini khas buat yang ingin mencuba chicken chop di Melaka. Saya akan kongsikan dengan anda tempat makan yang anda boleh kunjungi jika ingin makan chicken chop.

Sepanjang empat tahun di Melaka, saya telah mencuba chicken chop di beberapa buah kedai makan. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda semasa bercuti ke Melaka. Jom kita lihat pilihan chicken chop yang ada di Melaka.

1. Food Court Mahkota Parade
Bagi yang ingin membeli-belah di Mahkota Parade, anda boleh singgah ke food court (medan selera) di tingkat 2 untuk menikmati chicken chop. Terdapat pelbagai pilihan makanan yang lain juga. Menu yang saya pernah cuba ialah nasi goreng chicken chop.

Tempoh masa menunggu makanan bergantung kepada bilangan pelanggan yang ada. Chicken chop ini lebih murah harganya berbanding dua lagi chicken chop yang saya akan ceritakan nanti. Namun, suasana sekeliling mungkin agak bising dan sesak semasa waktu puncak (peak hours).

Nasi Goreng Chicken Chop Di Mahkota Parade

2. Bukit Cafe & Restaurant
Restoran ini terletak di kawasan Bukit Beruang, berhampiran dengan Hospital Pantai Ayer Keroh. Selain daripada masakan barat, terdapat juga masakan panas seperti nasi goreng. Dari segi harga, harga makanan adalah lebih mahal berbanding medan selera tetapi masih berbaloi dengan kualiti makanannya. Suasananya juga lebih selesa. Namun, restoran ini mula dibuka pada waktu petang.

Chicken Chop Di Bukit Cafe & Restaurant

3. The Windmill Station (TWS)
 TWS ada beberapa cawangan di Melaka. Salah satunya adalah di Bukit Beruang. Makanan yang ditawarkan adalah lebih kurang dengan Bukit Cafe & Restaurant. Terdapat dua pilihan untuk chicken chop iaitu, fried dan grill. Suasana restoran juga agak selesa. Ada lebih privasi kalau bukan waktu puncak. Sebelum ini terdapat diskaun bagi yang mempunyai kad pelajar tapi tidak pasti masih ada atau tidak sekarang.

Fried Chicken Chop Di The Windmill Station


Pilihan di atas mempunyai kadar harga dan suasana yang berbeza. Jadi, anda boleh pilih chicken chop mana yang kena dengan selera dan bajet anda.

*Harga makanan, kualiti makanan dan lokasi tempat makan mungkin berbeza daripada apa yang penulis kongsikan akibat peredaran masa. 

Comments

  1. saya memang selalu pergi melaka sebab makcik duduk sana... bolehla lepasni cuba list kat atasni

    https://sayesyadiya.blogspot.com/2020/09/feelingirldress-serve-best-outfit.html

    ReplyDelete
  2. wahhh memang suka chicken chop ya..saya pon suka western :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Chicken chop ni salah satu western food yang saya suka.

      Delete

Post a Comment