Review Salted Caramel and Chocolate Pie McD Tak Jadi

Hai semua. Terima kasih kerana masih sudi membaca review makanan di blog ini. Kali ini saya ingin membuat review makanan daripada McD, iaitu salted caramel and chocolate pie.

Sebenarnya, menu ini baru sahaja dikeluarkan oleh McD. Memandangkan saya merupakan penggemar salted caramel, saya tidak membaca review orang lain terlebih dahulu sebelum membeli.

Saya tak pasti harga untuk pie ni sebab saya minta tolong orang lain belikan dan saya tengok jumlah dalam resit je😂. Mungkin dalam RM3++ hingga RM 4++.

Mari kita lihat packaging untuk salted caramel and chocolate pie McD ni.

Salted Caramel and Chocolate Pie McD

Kalau tak silap saya, packaging untuk pie McD berbeza mengikut perisanya. Jadi, kita dah boleh tahu perisa untuk pie hanya dengan melihat tulisan pada packaging. Tapi berbeza pula untuk saya. Rasa kecewa selepas saya patahkan pie tu sebab intinya tak macam salted caramel dan chocolate pun😭.

Apple Pie McD

Rupa-rupanya, saya dapat apple pie McD. Apabila tengok warnanya, saya memang expect yang tu apple pie sebab dah pernah beli dulu. Untuk dapatkan kepastian, saya pun rasa terlebih dahulu. Memang betul pun apple pie.

Jadi, terpaksalah saya batalkan hasrat untuk buat review salted caramel and chocolate pie McD. Nasib baik rasanya sedap. Apple pie McD yang saya cuba sebelum ni agak masam bagi saya. Tapi apple pie kali ni just nice and well-balanced. Tak terlalu manis dan tak terlalu masam.

Walaupun kecewa sebab tak dapat salted caramel and chocolate pie, tapi saya bersyukur yang apple pie tu kena dengan citarasa saya. Mungkin bukan rezeki saya untuk cuba pie terbaru dari McD.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan McD yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. saya lupa la saya pernah rasa pie apa..sebab kalau saya pergi mcd mesti tk terfikir pon nk beli pie...hahaha..yang saya tahu saya nak burger die..>_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya biasanya pergi Mcd untuk ayam goreng. Cuma sekarang ni dah start beli pie and mcflurry.

      Delete
  2. Lahh....nasib baik sedap 😂
    Semoga JR sempat mencuba pie Mekdi yang diinginkan 😉

    ReplyDelete
  3. Kalau pergi McD beli french fries or Chicken Mc Duluxe je. Hihihi

    Tak pernah try pie McD ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh. Saya beli pie McD ni sekali sekala je. Selalunya beli ayam goreng McD.

      Delete

Post a Comment