Sahabat, satu terma yang sangat istimewa. Bukan semua orang yang kita kenali adalah sahabat. Ada yang sekadar menjadi kawan atau kenalan.
Entri ini bukan bersempena Hari Persahabatan atau apa-apa sambutan istimewa. Cuma tiba-tiba teringatkan sahabat-sahabat yang sentiasa ada semasa susah dan senang. Mungkin kerana situasi semasa yang menyebabkan kita semua hanya mampu berhubung melalui media sosial.
Macam mana ingin mengetahui siapa sebenarnya sahabat kita? Apakah ciri-ciri yang biasanya dimiliki oleh seorang sahabat yang baik?
Salah satunya adalah mereka akan menerima kita seadanya. Dalam erti kata lain, mereka tidak meminta kita berubah mengikut keinginan mereka. Mereka tidak cuba mengatur gaya hidup kita mahupun personaliti kita.
Selain itu, seorang sahabat tidak dengki atas kebahagiaan dan kejayaan kita. Mereka berasa gembira apabila kita bahagia. Malah, mereka turut memberikan dorongan agar kita lebih berjaya.
Apabila satu dunia menentang kita walaupun kita yakin dengan pilihan yang dibuat, seorang sahabat akan terus mempertahankan kita dan sentiasa memberikan sokongan. Mereka akan mendengar penjelasan kita terlebih dahulu dan bukannya mendengar cerita dari satu pihak sahaja.
Di samping itu, sahabat yang baik akan mengingati kita ketika mereka susah ataupun senang. Mereka mencari kita ketika mereka memerlukan bantuan dan mereka juga mencari kita untuk berkongsi kejayaan/rezeki dengan kita.
Semestinya sebaik-baik sahabat adalah sahabat yang menutup aib kita dan tidak menghakimi kita sesuka hati. Mereka akan memilih untuk menasihati dan menunjukkan contoh yang baik agar kita berubah menjadi lebih baik.
Kadang-kadang kita tidak sedar, banyak rezeki yang diberikan kepada kita. Mungkin bukan dalam bentuk duit tapi dengan sesuatu yang kita tidak jangkakan.
Mendapat seorang sahabat yang baik pun merupakan satu rezeki. Bersyukurlah dan hargailah sahabat anda jika anda berpeluang mendapat rezeki ini. Bukan mudah untuk mengenali seseorang yang sanggup bersama kita ketika susah dan senang.
Saya nak kongsikan satu analogi berkaitan topik ni. Persahabatan itu umpama strawberi dan coklat. Strawberi mempunyai warna merah yang terang tetapi rasanya masam. Coklat mempunyai warna yang gelap tetapi rasanya manis. Apabila kedua-duanya digabungkan, maka terhasillah satu hidangan yang seimbang dan sedap.
Apa yang saya cuba sampaikan adalah kita semua mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing tetapi sahabat yang baik akan menyeimbangkan kekurangkan kita dan sebaliknya. Oleh sebab itu, pemilihan sahabat amat penting kerana sahabat yang baik dapat memberikan kesan positif terhadap diri kita.
Strawberi Dan Coklat |
Semoga kita semua dikurniakan sahabat yang baik dan kita juga dapat menjadi seorang sahabat yang baik kepada orang lain.
In shaa Allah. Yang disayangi akan menyayangi. Mudah-mudahan kita terus menjadi sahabat yang baik kepada orang lain.
ReplyDelete😊
Deletesahabat adalah cerminan diri kita.. baik sahabat baiklah kita dan sebaliknya.
ReplyDeletesebab tu ada madah.. kalau kawan dengan saudagar minyak wangi.. kita bau wangi sekali. kawan yang baik itu rezeki dan kita pun kena doa supaya dijumpakan dgn yg baik2 saja.
Sangat setuju, SYM.
DeleteBukan mudah nak dapat sahabat yang baik..
ReplyDelete