Donut Pelbagai Topping

Hai semua. Kembali lagi dalam entri makanan di blog The Wonderful Jannah. Entri hari ini berkaitan dengan donut.

Baru-baru ini saya telah membeli donut sebab tertarik dengan kepelbagaian topping. Jom lihat bagaimana rupa donut tersebut.

Donut

Saya beli donut dengan tiga jenis topping berbeza, keju, coklat dan kuaci serta coklat putih dan oren. Abaikan rupanya yang agak comot sebab semuanya diletakkan dalam plastik yang sama😅.

Walaupun semua donut dibeli di tempat yang sama, tetapi teksturnya sedikit berbeza. Donut keju adalah yang paling lembut manakala donut kuaci agak keras. 

Donut yang menjadi pilihan utama semestinya donut keju kerana saya sukakan keju dan tekstur donut juga lembut. Donut kuaci pula agak kering kerana tekstur donut dan salutan coklat di atas. Donut coklat putih dan oren pula agak sedap rasanya tetapi teksturnya tidak selembut donut keju.

Kalau nak nak beli donut kat tempat yang sama lagi lepas ni, memang akan beli donut keju tu. Tak cukup satu apabila makan ramai-ramai.

Sekian sahaja untuk entri ini. Jumpa lagi😊.

Comments

  1. Menarik rupa donut-donut tu semua JR, lama dah cheq tak beli donut yang macam ni....rindu pulak 😆

    ReplyDelete
  2. Menarik donutnya tapi kalau dia bungkus asing mesti lag menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Comot sikit sebab semua diletakkan dalam satu plastik.

      Delete

Post a Comment