EXPERIENCE: Susah Ke Belajar Di Universiti?

Hai semua. Kembali lagi dalam perkongsian dalam Experience series. Bagi yang bakal melangkah ke alam universiti, mesti anda tertanya-tanya sama ada susah ke belajar di universiti. Jadi, saya akan kongsikan pengalaman saya selama 4 tahun di universiti.

*Perkongsian di sini adalah berdasarkan pengalaman saya dan orang sekeliling. Mungkin terdapat perbezaan dengan anda disebabkan latar belakang yang berbeza (kursus, universiti, kewangan dan lain-lain)

Sejujurnya, agak senang pada permulaan dan semakin susah apabila bergerak ke pengakhiran. Yang paling mencabar adalah semasa tahun akhir. Untuk pengetahuan semua, saya belajar asasi dan ijazah di universiti.

Pada pendapat saya, belajar di universiti ada susah dan senangnya. Semasa asasi, ramai pelajar kena sesuaikan diri dengan suasana baru. Jauh dari keluarga, mencari kawan baru dan uruskan semua perkara sendiri. 

Sebenarnya, permulaan di universiti amat penting. Kalau tidak kuat dan ingat tujuan asal ke sana, tidak mustahil seseorang itu akan tersasar jauh. Yang dapat bertahan dalam tempoh setahun yang pertama biasanya akan dapat bertahan sehingga graduasi.

Apabila sudah melangkah ke peringkat ijazah, rasa susah untuk beradaptasi dengan suasana baru tu dah berkurang/hilang. Namun, kesusahan dalam bentuk kerja yang tak pernah habis kecuali masa cuti semester. Kadang-kadang masa cuti semester pun ada perkara yang perlu diselesaikan.

Kita kena biasakan diri untuk buat banyak benda dalam satu masa (multitasking). Memang selalu rasa kerja banyak tapi masa sikit. Nak kena siapkan assignment, tutorial, lab report dan jawab kuiz atau midterm test dalam jangka waktu yang sama. 

Siapa yang betul-betul belajar di universiti, mesti pernah rasa tak tidur sebab nak siapkan assignment. Itu belum dicampur dengan masalah ahli kumpulan tak berikan kerjasama dan pensyarah yang suka bagi tugasan secara mengejut.

Selain masalah dari segi pelajaran, ada juga yang diuji dengan masalah kewangan atau masalah peribadi. Ada yang lewat bayar yuran kerana lambat dapat elaun. Bagi pelajar Sabah/Sarawak yang belajar di Semenanjung, selalu dalam dilema semasa membeli tiket kapal terbang. Mesti kena buat kira-kira sebelum pilih penerbangan. 

Di samping itu, kita mungkin akan rasa susah untuk lari dari kebiasaan. Contohnya, berkumpul dengan keluarga masa perayaan. Jangan terkejut kalau ada yang dapat cuti 2 hari saja masa perayaan. Ada masanya dapat cuti panjang tapi kena fikirkan tentang assignment yang belum siap.

Belajar di universiti memang susah dan bukan semua orang mampu meninggalkan universiti dengan segulung ijazah. Ada yang berhenti separuh jalan. Namun, kesusahan itu berbaloi untuk kita lalui supaya kita dapat ilmu dan pengalaman baru yang kita tak akan boleh dapat di tempat lain.

Walau sesusah mana pun belajar di universiti, jangan sesekali mengalah. Yakin dengan kemampuan diri dan teruskan usaha sehingga berjaya. 

Jangan terlalu risau sampai takut untuk belajar di universiti. Nanti saya akan ceritakan apa yang dapat mengurangkan rasa susah belajar di universiti. Sekian sahaja perkongsian kali ini. Jumpa lagi😊.



Comments

  1. Saya selalu ke universiti. Tapi, untuk bekerja. :)

    ReplyDelete
  2. Kena keluar dan cari pengalaman baru kan Jannah.. Belajar di Universiti ini ada kebaikkanya, janji kena positif dan pandai pilih kawan.. Malah dari sini kita belajar berdikari..

    ReplyDelete
  3. Walaupun belajar di universiti ada susahnya, tapi setiap kesusahan itu akan membawa kepada satu cerita dan kenangan yang tak mungkin kita lupakan.Zaman belajar adalah zaman yang menggembirakan...orang yang bekerja mesti ada rasa nak belajar balik

    ni dah pandemik,kenangan belajar bersama menjadi kurang seronok sebab semuanya atas talian..saya rindu belajar macam biasa seperti sebelum pandemik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Apabila dah tinggalkan universiti, baru terasa rindu nak kembali ke zaman tu. Memang berbeza kenangan belajar face to face dengan online.

      Delete

Post a Comment