Hai semua. Untuk entri hari ini, saya ingin kongsikan tentang pau mini kacang merah jenama Kart's.
Sebelum ini, saya sudah pernah mencuba pau frozen jenama Kart's. Tapi bukan yang intinya kacang merah. Saya hanya pernah cuba pau yang intinya rendang ayam. Memang sedap dan ayamnya banyak.
Saya ingatkan nak beli pau yang sama lagi tapi tiada stok. Jadi, saya ambil keputusan untuk cuba pau yang berinti kacang merah. Lagipun inti kacang merah ni boleh dikatakan inti versi tradisional.
Jom kita lihat packagingnya.
Pau Mini Kacang Merah Jenama Kart's |
Cara nak masaknya sangat mudah. Anda boleh kukus, goreng atau panaskan dalam microwave. Selalunya saya hanya kukus menggunakan periuk nasi. Dapat jimat masa untuk sediakan sarapan dengan adanya pau frozen macam ni.
Dalam gambar di atas ada 8 biji je tinggal sebab 2 biji lagi dah ada yang makan😂. Nasib baik sempat ambil gambar untuk kongsikan di blog.
Pau Mini Kacang Merah Jenama Kart's |
Dalam gambar di atas ada 8 biji je tinggal sebab 2 biji lagi dah ada yang makan😂. Nasib baik sempat ambil gambar untuk kongsikan di blog.
Salah satu sebab saya suka pau jenama Kart's adalah kerana paunya yang lembut. Intinya juga sedap (berdasarkan jenis inti yang saya pernah cuba). Untuk pau berintikan kacang merah, intinya sedap tapi agak manis. Mungkin sebab saya jarang makan makanan manis.
Secara keseluruhannya, memang akan beli lagi pau jenama Kart's ni sebab sedap dan menjimatkan masa. Mungkin akan cuba inti lain pula lepas ni. Selain daripada inti rendang ayam dan kacang merah, terdapat juga inti kari daging dan kelapa.
Sekian sahaja perkongsian kali ini. Jumpa lagi.
dapnyaaaaaa pau.
ReplyDeleteSedap😋.
DeleteWah.. suka kacang merah.. boleh beli nanti nie..
ReplyDeleteBoleh kongsikan pendapat Kak Sha nanti😁.
Delete