Video YouTube The Wonderful Jannah Dah Cecah 1K Views

Hai semua. Untuk entri kali ini, ada satu berita gembira yang saya ingin kongsikan dengan pembaca blog ini. Berita ni bukan tentang blog tapi saya tetap nak kongsikan di sini😂.

Bagi yang belum tahu, saya sebenarnya mula berkongsi video di YouTube pada November 2019. Sebab utama saya mulakan saluran YouTube adalah kerana saya suka belajar perkara baru setiap tahun. Jadi, YouTube ni ada dalam wishlist untuk tahun 2020 supaya saya dapat belajar kemahiran baru, iaitu edit video.

Sama seperti blog ini, saya menggunakan konsep lifestyle. Kebanyakkan video adalah tentang resepi tetapi ada juga video lain seperti tips untuk pelajar universiti. Dari masa ke masa, saya akan pelbagaikan lagi kandungan di YouTube. 

Baiklah, kembali kepada objektif entri ini. Saya ingin berkongsi bahawa salah satu video di YouTube The Wonderful Jannah sudah mencecah 1K views. Agak-agaknya video apa?

Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat.

Resepi Wantan Goreng

Video Resepi Wantan Goreng di YouTube The Wonderful Jannah telah mencapai 1K views selepas 100 hari. Boleh dikatakan video ini antara yang menjadi pilihan pengunjung saluran YouTube saya. Mungkin sebab ramai yang jadikan hidangan minum petang dan ramai orang memang duduk kat rumah je sekarang ni. 

Video yang dah lama upload pun lambat lagi nak sampai 1K tu. Disebabkan video wantan ni memang konsisten je prestasinya, lagi cepatlah naik views

Walaupun tahun 2021 ini penuh dengan cabaran, saya bersyukur kerana pencapaian saluran YouTube The Wonderful Jannah semakin baik dan mula mendapat perhatian. Biar naik perlahan-lahan tapi konsisten. 

Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada The Wonderful Jannah sama ada di blog atau pun di YouTube. Sokongan anda amat bermakna dan amat saya hargai. Saya saja kongsikan di blog sebagai kenangan dan sebagai motivasi untuk diri saya sendiri.

Sekian sahaja entri kali ini. Jangan lupa singgah di YouTube The Wonderful Jannah😊.

Comments

  1. Alhamdulillah, semoga terus sukses Jannah! Fighting! ;)

    ReplyDelete
  2. tahniah ye dari aida, Jannah.
    moga terus maju dlm YouTube.
    share yg baik2. in shaa Allah.
    aida memang cari resepi di YouTube.
    kekadang sesak fikiran mikirkan nak masak pe.

    wantan goreng ni pernah buat sekali.
    nanti aida terjah YouTube.
    mana la tau resepi kita beza, boleh aida try.

    sudi tak exchange bloglist ?
    https://www.adianiez[dot]com/2021/07/link-exchange-creating-long-term-loyalty-friendships.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kak. Nanti saya singgah ke blog akak.

      Delete

Post a Comment