Hai semua. Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa saya suka membaca novel dan sering menulis review novel di blog ini. Jadi, hari ini saya ingin kongsikan tentang penulis novel kegemaran saya.
Memandangkan banyak sangat penulis yang saya minta karyanya, entri ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Untuk part 1 ni, saya akan senaraikan lima penulis dahulu.
Apabila saya mengatakan seseorang itu penulis kegemaran saya, maksudnya saya menyukai karya mereka dan telah membaca beberapa buah karya mereka.
*Perkongsian saya bukan untuk membandingkan penulis mana yang lebih bagus. Saya sekadar berkongsi untuk mereka yang ingin membeli novel baru. Mana tahu anda juga akan minat dengan karya mereka.
NOTA: Nama penulis bukan disusun mengikut ranking. Saya hanya senaraikan secara rawak.
1. SyamnuriezmilMemang tidak dapat dinafikan saya ada banyak novel-novel Syamuriezmil. Saya mula mengumpul karya-karya beliau setelah membaca novel Mr. Grey dan Wishlist.
Cara penulisan beliau agak versatil dan beliau sering membuat kajian secara mendalam untuk sesuatu watak (chef, CEO, PA, pustakawan, guru dll). Pekerjaan watak utama dipelbagaikan bukan CEO sahaja dalam semua novel.
Beliau juga suka mengetengahkan loghat utara dalam penulisannya. Jadi, saya dapat belajar loghat utara secara tidak langsung.
2. Zura Anwar
Boleh dikatakan genre psiko thriller di Malaysia tidaklah mendominasi pasaran seperti novel-novel cinta. Namun, penulis Zura Anwar adalah antara penulis yang berani untuk mengetengahkan novel bergenre sedemikian.
Saya telah membaca semua karya beliau dan saya suka cara penulisannya. Pengakhiran novel sukar untuk diteka dan plot twistnya tidak dijangka. Hal ini membuatkan pembaca sentiasa tertanya-tanya dan meneruskan pembacaan sehingga ke muka surat terakhir.
Saya dapat lihat ada penambaikan dari segi penulisan dalam novel pertama, Ghairah, sehinggalah novel yang terkini, Celaru.
3. Siti Rosmizah
Salah satu perkara yang membuatkan saya suka dengan novel karya Siti Rosmizah ialah emosi yang dirasakan ketika membacanya. Babak sedih memang betul-betul sedih dan babak kelakar membuatkan pembaca ketawa ketika membaca.
Selain itu, beliau sering mengetengahkan isu kekeluargaan. Contohnya, konflik dalam rumah tangga antara suami, isteri dan keluarga mentua. Ego seorang lelaki, penerimaan terhadap anak istimewa serta kehadiran orang ketiga dalam sesuatu hubungan. Hal ini biasa berlaku dalam realiti.
Watak-watak yang beliau cipta juga tidak sempurna kerana tiada manusia yang sempurna. Seorang wanita yang nampak garang mungkin seorang yang taat kepada suaminya. Seorang anak yang melayan ibunya dengan baik mungkin seorang yang tinggi egonya dengan isteri.
4. Acik Lana
Saya telah mengikuti karya Acik Lana daripada penerbit dan self-published. Sejujurnya, saya sukakan sedikit perubahan yang berlaku setelah beliau menerbitkan novelnya sendiri.
Beliau mula mengetengahkan elemen fantasi seperti kuasa istimewa dalam Love, Elsa dan Sweet Dreams. Namun, elemen fantasi itu tidak berlebihan dan masih logik.
5. Zaifuzaman Ahmad
Penulis Zaifuzaman Ahmad merupakan seorang penulis novel seram. Saya mula membaca karya-karya beliau semasa sekolah menengah.
Bagi saya, cara penulisan novel seram beliau menarik dan tajuk novel juga membuatkan kita tertarik untuk membacanya. Antara karya beliau yang saya pernah baca ialah Bilik 616 dan Cerita Satu Malam.
Siapa pula penulis novel kegemaran anda? Jangan lupa komen di bawah. Mungkin saya boleh baca karya-karya mereka pula selepas ini.
Akak suka Siti Rosmizah, Fauziah Ashaari, Anis Ayuni dan Acik Lana...
ReplyDeleteRasanya pernah juga baca karya Fauziah Ashaari dan Anis Ayuni.
Deletekalau ammi plg ammi suka ramlee awang murshid..yang lain-lain tu baca gak tapi tak ingat nama
ReplyDeleteSaya pun minat juga karya beliau. Akan masuk dalam part 2 nanti :)
DeleteRamai penulis di malaysia terkenal kan
ReplyDeleteYa, betul tu.
DeleteCida suka Syamnuriezmil dan Anjell setakat ni. :-)
ReplyDeleteNovel Anjell pun best juga.
DeleteNo 1,3,4 tu sama! Favorite saya jugakkk. Lagi sorang, anjell. Best jugak karya anjell hehehe.
ReplyDeleteSamalah penulis kesukaan kita😁.
DeleteKalau Aien mula2 cari berdasarkan sinopsis. Tapi kalau dah berkenan dengan penulis macam Damya Hanna, Anjell dan Rin Ahmad memang akan cari je novel dorang. :)
ReplyDeletelama pulak rasanya tak beli novel
Mula-mula dulu memang baca sinopsis sebelum beli. Sekarang ni selalu cari novel penulis favourite. Tapi kalau novel penulis baru menarik, saya beli juga.
Delete