Hai semua. Entri kali ini adalah imbas kembali kenangan saya di universiti lagi. Banyak pengalaman berharga yang saya dapat sepanjang pengajian di sana.
Tak tahulah kenapa dua tiga hari ni asyik teringatkan kenangan semasa di universiti dulu. Mungkin sebab universiti akan dibuka tak lama lagi dan ramai yang berkongsikan tentangnya.
Yang pertama ialah makanan sangat berharga. Tidak kira sama ada sesuatu makanan itu murah/mahal, sedikit/banyak, kena/tidak kena dengan selera kita, jangan sesekali membazir makanan. Kadang-kadang kita tidar sedar betapa beruntungnya kita dapat makan tiga kali sehari. Ada kalanya kita membeli makanan di pasar malam secara berlebihan tetapi tidak dimakan habis.
Kesukaran mencari makanan semasa semester pertama di univeristi membuatkan saya sedar makanan itu sangat berharga. Sebanyak mana pun duit yang kita ada, kita tak boleh beli makanan kalau kita tak jumpa orang yang menjual makanan.
Selain itu, saya belajar betapa susahnya untuk mendapatkan duit. Semasa mengambil subjek keusahawan dan diminta untuk menjual sesuatu, saya tahu cabaran yang harus dihadapi walaupun hanya ingin mendapatkan RM 2.
Hendak menghabiskan duit lebih mudah daripada mendapatkan duit. Pada masa itu, saya dan rakan-rakan berjalan di sekitar kawasan kampus untuk mencari pelanggan. Memang terasa penat kerana kami berniaga ketika cuaca panas dan harus membahagikan masa dengan kelas.
Di samping itu, saya sedar pentingnya hubungan baik dengan semua orang. Apabila kita berjauhan daripada keluarga, orang di sekeliling kita seperti pensyarah, rakan sekelas, jiran/rakan di hostel yang dapat memudahkan urusan kita.
Saya juga belajar untuk tidak menilai atau menghukum seseorang. Setelah saya bertemu dengan individu daripada pelbagai latar belakang, saya memyedari bahawa keperibadian seseorang itu berbeza kerana cara mereka dibesarkan atau dididik berbeza.
Jangan sesekali memandang rendah terhadap orang lain. Hormatinya perbezaan yang ada dan jadikan amalan yang baik sebagai contoh. Amalan yang tidak baik pula jangan sesekali diikuti.
Memang banyak pengalaman yang saya dapat ketika di universiti. Dulu saya tidak pernah terfikir pun pengalaman ni akan mengubah cara berfikir dan pendapat saya tentang sesuatu perkara.
Semakin masa berlalu, semakin saya sedar hal-hal yang kecil pun boleh menjadi pengalaman yang berharga. Banyak perkara baru yang saya belajar.
Universiti bukan setakat tempat untuk kita mendapatkan ilmu dalam bidang akademik tetapi universiti juga tempat untuk kita mencari pengalaman yang akan membantu kita di kemudian hari.
Rindunya zaman U :) Masa belajar tak sabar nak kerja, dah kerja rindu zaman belajar pulak kan..huhu
ReplyDeleteBetul tu.
DeleteRindunya zaman belajar, walaupun baru je habis belajar dan konvo pun belum. Tapi sebab dah dua tahun tak jumpa kawan-kawan pergi kelas semua, jadi rindu betul.
ReplyDeleteYa, rindu zaman pergi kelas dengan kawan-kawan.
Deletekenangan mengusik jiwa tuu.. 😅
ReplyDeleteBetul tu.
DeleteMama setju do university mengakar Kita hidup sbgai org dewasa
ReplyDeleteBetul tu, Mamapp. Banyak pengalaman yang kita dapat di universiti.
Delete