Hai semua. Entri kali ini berbeza sedikit kerana saya akan mengimbas kembali kenangan saya bersama kek pisang. Agak-agaknya apakah kenangan istimewa tersebut?
Jom kita mulakan.
Boleh dikatakan agak lama juga saya tidak makan kek pisang. Tiba-tiba rasa teringin pula untuk makan kek pisang apabila ternampak di pasar raya.
Terus saya teringat kenangan saya di hostel semasa asasi. Kebetulan pula hari pendaftaran saya adalah dalam bulan puasa. Jadi, saya bawa kek pisang dan kurma sebagai bekalan kerana saya yakin banyak kedai yang tutup dan saya masih tidak tahu jalan di sekitar universiti.
Kek Pisang |
Semasa minggu orientasi tiada masalah kerana ada makanan percuma. Masalah mencari makanan bermula setelah minggu orientasi tamat.
Kafe di universiti saya hanya beroperasi sehingga waktu tengah hari semasa bulan-bulan lain dan ditutup semasa bulan Ramadan. Saya ada bertanya kepada senior dan mereka mengatakan bahawa kafe memang tutup. Oleh itu, saya perlu cari makanan di luar kampus.
Memandangkan saya tiada rakan sebilik dan tidak tahu di mana boleh mencari makanan kerana masih baru di Melaka, saya makan kek pisang dan kurma saja. Lagipun saya tidak biasa keluar bersendirian terutamanya di tempat yang asing bagi saya.
Tak sangka saya mampu bertahan masa tu sebab saya ni seorang yang memang makan nasi termasuk di waktu pagi kadang-kadang😂. Orang Pantai Timur kan selalu ambil sarapan pagi berasaskan nasi.
Untuk tempoh dua hari selepas orientasi, ada seorang senior yang baik hati mengajak saya untuk menemaninya berbuka puasa. Tapi tak nak lah terus menyusahkan dia sebab dia pun mesti sibuk juga.
Mungkin anda pelik takkan saya tiada kawan kan.
Sebenarnya ada beberapa kawan yang saya kenal semasa orientasi. Namun, ada yang tinggal di luar kampus dan makan bersama rakan serumah. Ada pula yang bawa bekalan mi segera dan hanya makan di dalam bilik (saya tak makan mi segera😅).
Nasib baik saya terjumpa 'jiran-jiran' di hostel semasa ke tandas. Jadi, saya pun ikut mereka ke bazar Ramadan untuk membeli makanan. Alang-alang dah keluar, selalunya saya akan beli makanan untuk pagi esok terus.
Dulu kalau lihat kek pisang, nampak macam biasa saja. Tapi sekarang ni kek pisang sangat istimewa dan menjadi sebahagian daripada kenangan saya di universiti.
Ketika itu saya betul-betul sedar betapa berharganya sesuatu makanan. Mungkin makanan yang nampak biasa-biasa di mata kita besar maknanya bagi mereka yang sukar untuk mendapatkan makanan.
Sebab itu sekarang ni saya tak suka orang yang membazir atau mengeluarkan kata-kata yang negatif terhadap makanan kerana saya pernah merasa susahnya untuk mendapatkan makanan.
kek pisang brand ni dulu saya suka angkut balik ke kuching sbg buah tangan utk keluarga... hehehe... ada jenis yg pendek, ada yg panjang.. naik belon angkut kek pisang.. hahaha.. skrg dh ramai org jual kek pisang mcm kek batik jugak... byk dh inovasinya
ReplyDeleteBetul tu, kak. Macam-macam versi makanan ada sekarang ni
DeleteMemang betul-betul menggamit kenangan tu..
ReplyDeleteTapi bila berada dalam keadaan survival memang tindakan badan kita di luar jangkaan.. Alhamdulillah bila ianya memberikan sebuah kenangan yang terkesan di hati..
Betul, Kak Sha. Tak sangka berjaya mengatasi saat-saat yang mencabar tu.
DeleteKek pisang ni saya selalu beli waktu sekolah ada jamuan . Sedap dan enak
ReplyDeleteKek pisang memang sedap, kan.
Delete