Review KFC Cheezilla Double Down

Hai semua. Baru-baru ini, KFC telah mengeluarkan kembali KFC Zinger Double Down dan memperkenalkan KFC Cheezilla Double Down juga. Namun, untuk hari ini saya akan review KFC Cheezilla Double Down sahaja. 

Saya pernah review KFC Zinger Double Down pada tahun 2019 dan rasanya memang sedap. Oleh itu, saya meletakkan jangkaan yang tinggi untuk menu baru ini.

Dari segi harga, memang tidak dapat dinafikan yang harganya mahal. Tapi syukurlah saya tak perlu keluarkan duit sebab adik saya belanja. 

Kami beli kedua-dua set kombo dan box meal. Harga untuk set kombo adalah RM 22.49 manakala harga untuk box meal adalah RM 24.99. Perbezaan kain antara kedua-duanya adalah sama ada anda dapat fries (kombo) atau whipped potato dan ayam goreng KFC (box meal).

Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat pembungkusannya.

KFC Cheezilla Double Down

Dari segi pembungkusan, masih sama seperti KFC Zinger Double Down sebelum ini. Untuk pengetahuan semua, KFC Cheezilla Double Down ini terdiri daripada 2 filet zinger, chicken slice, patty keju Mozarella, mayones dan sos keju.

KFC Cheezilla Double Down

KFC Cheezilla Double Down

Memandangkan saya take away, keju Mozarella sudah keras seperti KFC Zinger Cheezilla hari tu. Jadi, saya ambil keputusan untuk panaskannya menggunakan air fryer sebelum makan. Nampak lebih menyelerakan apabila keju tersebut cair.

KFC Cheezilla Double Down

Dari segi rasa, memang sedap cuma agak kering kerana mayones dan sos keju sedikit sahaja. Saya lebih suka kalau ada banyak mayones😂. 

Saiznya pula memang besar. Kalau beli set kombo, sudah terasa kenyang. Tak perlu beli makanan lain dah. Patty keju Mozarella pula memang sesuai untuk peminat keju macam saya.


Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Zinger Double Down:
Rasa- 4.8
Rupa-4.5
Kuantiti-4.8
Harga-3.8
Jumlah: 4.5 daripada 5 bintang

Kesimpulannya, KFC Cheezilla Double Down ni memang sedap dan mengenyangkan. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Cuma tak pasti dapat beli lagi ataupun tidak kerana harganya mahal. Tapi kalau ada orang belanja, bolehlah beli lagi😂.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. tak pernah try lagi ni..nnt boleh cuba..tq sharing :)

    ReplyDelete
  2. Cheq tak pernah try lagi spesies double down ni, sebab pada cheq idea ni pelik sebenarnya 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mula-mula cuba sebab terbaca review orang kata Double Down ni sedap 😂.

      Delete

Post a Comment