Rindu Nak Menulis Di Blog

Hai semua. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa TWJ tiada entri baru selama seminggu. Walaupun hanya seminggu sahaja, tetapi dah terasa rindu untuk menulis di blog.

Selalunya hampir setiap hari ada saja entri baru. Boleh dikatakan agak konsisten juga saya menulis pada tahun 2021 ni😂. Akibat daripada pandemik, saya banyak habiskan masa di rumah dan berpeluang untuk menulis dengan lebih kerap.

Disebabkan sekarang ni saya kembali sibuk dengan komitmen lain, masa untuk menulis pun sudah berkurang. Tapi jangan risau. Saya akan cari masa juga untuk menulis sebab TWJ sangat bermakna untuk saya.

Banyak sangat kenangan dengan TWJ yang akan saya ingat sampai bila-bila. Rasa sayang kalau nak biarkan je blog ni setelah saya bersusah-payah untuk naikkan nama The Wonderful Jannah. Perjalanan daripada blog sampailah tercipta saluran YouTube memang sangat istimewa buat saya.

Terima kasih buat rakan-rakan blogger yang menjadi pengunjung setia di blog ini. Kunjungan anda amat saya hargai dan saya akan mencari masa untuk membalas kunjungan anda juga.

Doakan agar saya dapat terus menulis di TWJ dan berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat untuk semua. 

Sekian sahaja untuk entri ini. Jumpa lagi.

Comments

  1. Takpe Jannah, apa yang penting enjoy berblog. Ada masa nanti jangan lupa update okeh.

    ReplyDelete
  2. takpe Jannah...take ur time...patut la lama xde update

    ReplyDelete
  3. Takpa JR, priorities first 😉😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena susun masa betul-betul kan, CS. Mudah-mudahan dapat luangkan masa untuk blog juga.

      Delete
  4. Takpe jannah ada masa free tulis la.. seronok kan menulis kt blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Mamapp. Memang seronok menulis di blog terutamanya semasa idea datang mencurah-curah.

      Delete
  5. Singgah sini tinggal jejak..
    Take your time..

    ReplyDelete

Post a Comment