Hai semua. Terima kasih kerana sudi singgah di blog The Wonderful Jannah. Entri kali ini khas untuk calon-calon SPM.
Peperiksaan SPM semakin menghampiri dan calon SPM ada masa lebih kurang dua bulan sahaja lagi untuk membuat persiapan. Apabila ditolak dengan cuti umum Tahun Baru Cina yang bakal tiba, maka makin singkatlah masa yang tinggal.
Jadi, masih sempatkah untuk membuat persediaan bagi SPM? Ya, masih sempat. Tapi pendekatan yang digunakan berbeza kerana calon sudah kesuntukan masa untuk membaca semua topik dari tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Bagi saya, pendekatan yang lebih sesuai untuk digunakan adalah dengan membuat banyak latihan. Semasa menjawab soalan, rujuk nota atau buku dan ulang kaji topik yang berkaitan dengan soalan tersebut.
Kalau ada soalan yang tidak dapat dijawab atau ada topik yang anda tidak faham, terus bertanya kepada guru atau rakan. Jangan rasa segan atau malu untuk bertanya. Mana tahu soalan yang lebih kurang sama ditanya dalam peperiksaan nanti.
Selain itu, manfaatkan masa yang ada dengan baik. Tak salah untuk berhibur seperti menonton televisyen, mendengar lagu dan sebagainya tetapi janganlah secara berlebihan sehingga pelajaran terabai. Pengurusan masa yang baik adalah sangat penting.
Tidak kiralah berapa hari lagi yang tinggal sebelum peperiksaan SPM. Masih sempat untuk adik-adik melakukan perubahan.
Jangan berputus asa sebelun berusaha dan sentiasa berikan yang terbaik.
Semoga berjaya dan dipermudahkan urusan untuk menjawab peperiksaan.
Iniyang Dania sedang buat, banyakkan latihan dan dia ditaja tuition skrg untuk persediaan terkhir
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan Dania untuk menduduki peperiksaan SPM.
DeleteMmg belum tetlambat.. manfaatkan masa yg tinggal
ReplyDeleteBetul tu, Kak Adda.
DeletePerkongsian yang ohsem Jannah.. Terbaik!!
ReplyDeleteTerima kasih, Kak Sha. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua.
Delete