Mencuba Golden Salted Egg Peyek

Hai semua. Rasa macam sudah lama saya tidak berkongsi review makanan, kan. Jadi, hari ini saya ingin kongsikan dengan anda tentang Golden Salted Egg Peyek.

Pembelian ni tak dirancang pun. Adik saya yang beli ketika kami singgah di Shell. Memandangkan saya memang suka perisa salted egg, saya pun cubalah Golden Salted Egg Peyek ni.

Sejujurnya, ini merupakan pertama kali saya nampak produk ni. Tak pastilah sudah berapa lama produk ni berada di pasaran. 

Jom kita lihat bagaimana rupanya.

Golden Salted Egg Peyek

Untuk pengetahuan anda, satu paket peyek ini berharga RM 18. Saya jarang beli produk-produk sebegini. Jadi, tak pastilah sama ada harga RM 18 tu harga standard ataupun tak untuk snek moden macam ni. Saya dapat cuba pun sebab orang belanja😂.

Packagingnya cantik dan menarik. Gambar makanan pada packaging dan yang sebenar tak jauh beza pun. Rasa puas hati apabila makan peyek ni.

Dari segi kuantiti, agak banyak jugalah untuk satu paket tu. Rasanya sedap dan sesuai untuk peminat salted egg. Cuma tak boleh makan selalulah sebab masin kan. Sekali-sekala teringin nak makan snek macam ni tak apa.

Apa-apa pun, saya rasa berbaloi harga yang dibayar dengan kualiti produknya. Tak rasa menyesal beli walaupun macam-macam kita boleh beli dengan RM 18 tu sebenarnya. Tapi tak salah kan nak beli makanan yang mahal sikit kadang-kadang.


Comments

  1. sedap gak kalau di bayang kan gabungan rasa peyek dengan salted egg ni , boleh lah try nanti kalau jumpa :)

    ReplyDelete
  2. Sedap juga peyek bergabung dengan salted egg nie..

    ReplyDelete
  3. i still can't imagine rasa combinasi peyek dgn salted egg ni. nak if ada jumpa nak try

    ReplyDelete
  4. Boleh tahan harganya tu.. kayangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau sedap ok gak sekali selkala

      Delete
    2. Betul tu, Mamapp. Sekali-sekala bolehlah beli.

      Delete
  5. Sedapnya. Nak mencarilah juga lepas ni.

    ReplyDelete
  6. Menarik...bagai terasa - terasa di tekak ni

    ReplyDelete

Post a Comment