Review KFC Ayam Percik

Hai semua. Bersempena dengan bulan puasa pada tahun 2022 ini, KFC Malaysia telah melancarkan menu baru, iaitu KFC Ayam Percik.

Saya tak sedar pun tentang kewujudan menu baru ni. Secara kebetulan, adik saya beli KFC Ayam Percik ni. Saya pun mintalah satu ketul ayam😂.

KFC ayam percik ini terdiri daripada dua ketul ayam, coleslaw, colonel rice dan minuman. Harganya adalah RM 16.49.

Untuk pengetahuan anda, menu ini menggunakan bahan-bahan seperti serai, lengkuas, halia dan kunyit. Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat gambarnya.

KFC Ayam Percik

Kalau dalam gambar mungkin tak jelas sangat perbezaan antara ayam ni dan ayam goreng KFC hot and spicy. Tapi sebenarnya warna KFC Ayam Percik ni gelap sedikit. 

Bagi saya, rasanya sedap dan memang dapat rasa yang serai digunakan dalam penyediaan ayam ini. Memang gandingan yang sesuai bersama nasi dan coleslaw

Tapi agak kecewa sebab tak dapat bahagian ayam yang diminta. Mungkin staf terlupa kerana ramai pelanggan pada masa tu atau mungkin kerana memang ada bahagian tu saja.

Kalau nak dibandingkan dengan ayam percik tradisional, saya tak dapat komen sebab saya sendiri pun tak ingat bila kali terakhir makan ayam percik. Jadi, dah lupa rasanya macam mana😅. 

Namun, kalau kita melihat menu ini sebagai satu hidangan KFC sahaja, saya rasa KFC Ayam Percik ini merupakan satu percubaan yang baik. Dah dua kali saya makan menu terbaru KFC ni sebab ayamnya kena dengan selera saya.

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Ayam Percik:
Rasa- 4.7
Rupa-4.7
Kuantiti-4.7
Harga-4.0
Jumlah: 4.5 daripada 5 bintang

Kesimpulannya, berbaloi untuk cuba KFC Ayam Percik ni. Antara hidangan baru KFC yang sedap bagi saya. Tapi dari segi konsep agak berbeza dengan ayam percik yang biasanya diperap, dibakar dan berkuah. Bagi yang tiada idea untuk menu berbuka puasa hari ini, mungkin anda boleh cuba KFC Ayam Percik ni dan membuat penilaian sendiri.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. tak cuba lagi tapi macam belum rasa untuk nak cuba sbb dah 2-3 new recipes dorang gagal ditekak ammi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunggu menu baru lain lah nampaknya, Ammi.

      Delete
  2. Uih, kepci ada ayam percik! Nak kena try ni nanti 🤓✨

    ReplyDelete
  3. Masih setia ngan Hot & Spicy....sebab perisa lain agak gagal di tekak akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hot & spicy tu memang all tine favourite, Kak SA.

      Delete
  4. Belum pernah cuba ayam percik ni ada beberapa menu baharu sebelum ni tak masuk tekak Mrs. A. Tapi yang ni nampak sedap ke tengah puasa ni huhuhu..

    ReplyDelete
  5. Owh ada menu baru ye.. Lama tak ke KFC..

    ReplyDelete

Post a Comment