Menu Sarapan Yang Ringkas Dan Mudah Disediakan

Hai semua. Entri hari ini khas buat yang sedang mencari menu untuk sarapan.

Dulu, saya selalu ambil makanan yang berat seperti nasi goreng untuk sarapan. Tapi sejak tinggal di Melaka ketika melanjutkan pengajian di universi, pemilihan makanan saya untuk sarapan sudah berubah.

Orang di negeri-negeri Pantai Timur memang sering makan hidangan berasaaskan nasi seperti nasi kerabu, nasi dagang dan nasi berlauk pada waktu pagi.

Namun, disebabkan susah untuk mendapatkan hidangan sedemikian di Melaka dan saya dikelilingi dengan orang yang sering makan roti dan oat untuk sarapan, saya pun sudah terbiasa makan roti semasa sarapan😂. 

Apabila dah balik ke Pahang pun, masih terbiasa makan roti atau hidangan yang ringkas je untuk sarapan. Kadang-kadang tu, saya makan biskut dan tuna sahaja, 

Jom kita lihat menu sarapan berasaskan roti yang anda juga boleh cuba.

Menu Sarapan Yang Ringkas

Kalau ada masa lebih dan agak rajin, biasanya saya akan sertakan salad dan telur dadar dalam satu hidangan. Untuk roti, saya bakar gunakan kuali sahaja dan sapukan mayones dan taburkan serbuk lada putih. Saya suka bakar roti tu supaya lebih rangup.

Telur dadar pula ditambahkan garam, serbuk lada putih dan bawang besar. Memang mengenyangkan makan hidangan ni untuk sarapan.

Kebiasaannya saya akan gunakan roti Gardenia Canadian Purple Wheat. Tapi kalau tiada roti ni, boleh je guna roti lain. Untuk rasa yang sedap, sebaik-baiknya terus makan selepas siap dimasak. 

Anda pula sukakan sarapan yang bagaimana? Jangan segan untuk kongsikan di ruangan komen. Boleh kita bertukar-tukar idea untuk menu sarapan.

Jumpa lagi😊.






Comments

  1. Selamat besarapan
    Hari ni sarapan nasi goreng

    ReplyDelete
  2. Kak Sha susah nak jumpa Gardenia Canadian Purple Wheat ini dekat area sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, Kak Sha. Tak selalu dapat beli roti ni. Kalau tak ada, guna roti putih Gardenia pun boleh.

      Delete
  3. Kalau Naim suka roti putih + telur. sedap. dengan air teh o panas.

    ReplyDelete
  4. belum pernah lagi cuba roti Gardenia Canadian Purple Wheat tu...

    ReplyDelete

Post a Comment