Bibimbap Buatan Sendiri

Hai pengunjung setia blog The Wonderful Jannah. Harap anda tak bosan untuk baca entri makanan sebab hari ini pun saya nak ceritakan tentang makanan.

Tapi saya beritahu awal-awal entri ni tiada resepi ya. Tak sempat lagi nak dapatkan resepi😂. Kalau ada nanti, saya akan kongsikan di sini.

Disebabkan saya merupakan peminat makanan Korea dan adik saya pula suka memasak, saya minta dia buatkan bibimbap dan kimchi.

Bagi yang masih belum mengetahui apa itu bibimbap, saya akan terangkan secara ringkas. Bibimbap ni kalau kita terjemahkan secara langsung akan membawa maksud nasi (bap) campur (bibim). 

Maksudnya bibimbap ni merupakan hidangan nasi dan semua elemennya akan dicampur bersama sebelum kita makan. Kebiasaannya, bibimbap terdiri daripada nasi, protein (ayam / daging), sayur-sayuran, telur dan sos gochujang. 

Kalau ada kimchi dan seaweed, lebih sedap. Kimchi tu sebagai hidangan sampingan ataupun disebut sebagai banchan.

Jom kita lihat bibimbap dan kimchi homemade daripada adik saya.

Bibimbap Homemade The Wonderful Jannah

Untuk hidangan dalam gambar di atas, terdapat dua hidangan sampingan, iaitu kimchi dan juga timun. Kami gunakan daging lembu dan beberapa jenis sayur seperti tauge dan lobak merah. Sebelum makan, jangan lupa letakkan sos gochujang untuk bibimbap (kami beli sos di pasar raya sahaja) dan minyak bijan.

Memang sedap rasanya dan nak minta adik saya masak lagi bibimbap ni nanti. Saya cuba untuk dapatkan resepi juga kalau berkesempatan. Mungkin boleh kongsikan di blog dan YouTube nanti (rindu nak edit video YouTube).

Semoga azam tahun ini untuk lebih konsisten menulis blog dapat dicapai. Saya cuba yang terbaik untuk tulis sekurang-kurangnya satu entri setiap minggu. Nantikan entri seterusnya. Jumpa lagi.


Comments

  1. wah best nya..homemade.. MA kalau nak makan gi dubuyo je la ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya memang makan bibimbap dekat kedai je😂. Pertama kali cuba buat bibimbap sendiri di rumah.

      Delete
  2. buat sendiri lebih murahkan...nak makan berulang kali pun boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ammi. Tapi sekali-sekala makan di restauran pun best jugak.

      Delete
  3. Replies
    1. Sekali-sekala makan bibimbap homemade pun best jugak.

      Delete

Post a Comment