Mengimbau Kenangan PD Trip 2022

Hai semua. Memandangkan entri-entri sebelum ini semuanya berkaitan makanan, hari ini kita buat sedikit kelainan. Saya ingin mengimbau kenangan percutian ke Port Dickson pada tahun 2022.

Mungkin ada yang masih ingat. Tahun lepas saya ada tulis review tentang aiskrim Family Mart x Doraemon Sea salt Sofuto semasa bercuti ke Melaka. Sebenarnya, percutian kami adalah ke Port Dickson. 

Alang-alang dah ke Port Dickson, kami luangkan masa sehari di Melaka juga. Tapi untuk entri ini kita fokus kepada Port Dickson dulu ya.

Macam biasa gambar dah lama tersimpan dalam galeri. Baru sekarang bekesempatan untuk kongsikan. Macam-macam yang ingin diceritakan tapi kita tulis satu-satu. 

Kalau pergi ke Port Dickson, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran mesti pantainnya kan. Banyak sebenarnya pantai yang ada tapi kami pilih untuk tinggal di hotel berhampiran Pantai Teluk Kemang. 

Jarak hotel dengan Pantai Teluk Kemang sangat dekat. Memang ada pagar untuk keluar dari hotel dan terus ke pantai tersebut dengan berjalan kaki. Tak perlu pening kepala cari tempat letak kereta. 

Jom lihat pemandangan yang cantik dari bilik hotel.

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Dalam gambar di atas nampak macam tak ada orang pun di pantai tu. Memandangkan kami sampai pada hari Rabu, memang suasana tak sibuk pun. Pada hari Jumaat dan Sabtu, memang ramai orang tapi tak ambil pula gambar masa tu.

Terdapat juga gerai makanan di Pantai Teluk Kemang tapi kalau datang awal sangat kebanyakkan gerai masih belum dibuka. 

Sampai sini dulu perkongsian untuk kali ini. Lokasi menarik yang lain akan saya kongsikan dalam entri seterusnya. Jumpa lagi.

Comments

  1. Pantai Teluk Kemang ni kalau weekend hmmmm takyah ceritalah dia punya pack..dengan khemah bersepah2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ammi. Memang ramai orang kalau weekend.

      Delete
  2. lama juga kak ana tak ke PD, boleh lah lepas-lepas ni nak pii cuti2 sana, bagi peluang yang anak cuti sekolah dulu.. :)

    ReplyDelete
  3. tetiba teringin plak nak ke PD.. lama tak dpt vit c hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rancang percutian ke PD pula, Mamapp.

      Delete
    2. tu lajannah lama sgt tak ke sini boleh dah ni plan

      Delete
  4. lamaa cik nur x singgah pantai PD
    lalu je pantai tu tp biasa weekend full je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Cik Nur. Memang ramai orang masa weekend.

      Delete
  5. Lama Jannah tak update entri, moga dalam keadaan sihat sentiasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak sibuk sikit, Cuya. Tak sempat nak update blog.

      Delete
  6. Menarik pantainya.. Sesekali beriadah di kawasan pantai pun syok juga..

    ReplyDelete

Post a Comment