Hai semua. Rindunya blog ni. Beberapa bulan rasanya saya menyepi dari dunia blogging disebabkan kekangan masa. Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya makan di restoran Black Canyon yang terletak di Kuantan City Mall.
Sebenarnya dah banyak kali saya nampak restoran Black Canyon ni setiap kali berkunjung ke Kuantan City Mall. Dah lama ingin mencuba makanannya tapi asyik tertangguh je😂.
Ramai juga orang semasa saya sampai di sana tapi nasib baik masih ada meja kosong. Adik-adik saya dan saya nak cuba beef steak tapi dah habis pulak. Menurut staf di situ, beef steak memang mendapat permintaan tinggi.
Mari lihat apa yang kami pesan.
Fish & Chip |
Saya pesan fish & chip. Teringin nak cuba makanan Thai yang ada tapi risau tak kena dengan selera dan membazir pula nanti. Akhirnya, saya pesan makanan barat juga😂. Ikannya rangup dan sedap cuma sosnya kurang kena dengan selera saya. Kalau ada sos tartar dengan rasanya yang seimbang akan lebih sedap. Bagi saya, sosnya lebih kepada rasa mayonis saja. Tak pastilah kalau 100% mayonis atau bukan.
Lamb Chop |
Lamb chop ni disertakan dengan mushroom soup. Adik saya yang pesan menu ni. Menurut dia, sedap juga lamb chop di Black Canyon ni. Berbaloilah dengan harganya.
Spaghetti Chicken Ham |
Spaghetti chicken ham ni adik saya yang pesan tapi dia agak kenyang pada masa tu. Jadi, saya pun ambil sikitlah😂. Spaghettinya memang meriah dengan bahan-bahan. Rasa pun sedap. Boleh repeat order menu ni kalau teringin nak makan spaghetti.
Fish Cake |
Fish cake ni merupakan salah satu snek popular di Thailand. Saja nak cuba sebab macam menarik. Menu ni yang paling lambat sampai. Kami dah nak habis makan baru sampai. Tapi memang dihidangkan panas-panas dengan sos. Bagi saya, rasanya biasa saja. Tak pasti sebab dah terlalu kenyang atau apa. Semua dah kenyang masa tu. Jadi, agak struggle untuk habiskan.
Mushroom Soup |
Mushroom soup ni merupakan hidangan sampingan bagi lamb chop. Memang sedap mushroom ni. Tapi lagi sedap kalau makan semasa masih panas. Cuma tak mampu nak habiskan kalau makan seorang diri dan pesan makanan lain juga.
Menu yang paling saya suka setakat ni ialah mushroom soup. Antara mushroom soup yang sedap selain daripada yang adik saya masak. Harap dapat cuba beef steak pula lain kali.
Sesiapa yang pernah makan di Black Canyon bolehlah cadangkan menu apa lagi yang mesti dicuba.
Sekian sahaja untuk entri lagi. Semoga dapat bertemu lagi dalam masa terdekat.
Lama tak nampak Jannah. Selamat kembali!
ReplyDeleteTerima kasih, Cuya. Semoga saya dapat kembali aktif singgah ke blog rakan-rakan blogger lepas ni.
Deletex pernah try western kt sini... selalu mkn set nasi dgn tomyam tu je.. nnt boleh la try
ReplyDeleteBolehlah saya cuba tomyam pula lepas ni.
DeleteLama tak singga sini.. Hye Jannah..
ReplyDeleteTak pernah makan di Black Canyon..
Hai, Kak Sha. Terima kasih singgah sini.
Deleteyum yum sedapnya black canyon, rupanya kat kuantan pun ada
ReplyDelete