Rasanya sudah lama saya tidak berkongsi resepi di blog ini. Bukan tidak mahu memasak tetapi minggu lalu saya agak sibuk dengan presentation dan beberapa tugasan yang lain. Resepi ini memang sesuai bagi mereka yang sibuk dan mempunyai masa yang terhad untuk memasak terutamanya wanita-wanita yang bekerjaya. Kubis goreng tom yam bersama ayam dapat menjimatkan masa kerana merupakan hidangan 2 dalam 1. Dengan hanya memasak hidangan ini, anda dapat memasak sayur dan lauk pada masa yang sama. Marilah kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
1 biji bawang merah-dihiris (boleh juga ditumbuk)
2 ulas bawang putih-dicincang (boleh juga ditumbuk)
2 filet ayam (bersihkan dan potong)
4 helai kubis ungu-dihiris
1/2 sudu pes tom yam Adabi (boleh tambah lagi kalau rasa tak cukup)
Minyak masak-untuk menumis
Hiasan
4 biji tomato ceri-potong dua
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih lalu biarkan seketika. Masukkan pes tom yam.
2. Apabila bahan-bahan tersebut telah garing, masukkan ayam dan kacau seketika.
3. Masukkan kubis ungu dan kacau sehingga sebati.
4. Hidangkan kubis ungu yang sudah siap dimasak lalu hiaskan dengan tomato ceri.
Hidangan ini juga enak dimakan bersama sambal hitam. Tetapi hari ini saya tidak mahu bercakap tentang sambal hitam. Saya akan membuat entri lain untuk berkongsi tentang sambal hitam. Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut tentang sambal hitam, nantikan entri yang lain.
*Saya tidak menggunakan garam bagi hidangan ini kerana pes tom yam sudah mempunyai rasa masin.
Baca resepi yang lain:
Resepi Nasi Goreng Tom Yam
Resepi Ayam Goreng Korea
Bahan-bahan
1 biji bawang merah-dihiris (boleh juga ditumbuk)
2 ulas bawang putih-dicincang (boleh juga ditumbuk)
2 filet ayam (bersihkan dan potong)
4 helai kubis ungu-dihiris
1/2 sudu pes tom yam Adabi (boleh tambah lagi kalau rasa tak cukup)
Minyak masak-untuk menumis
Hiasan
4 biji tomato ceri-potong dua
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih lalu biarkan seketika. Masukkan pes tom yam.
2. Apabila bahan-bahan tersebut telah garing, masukkan ayam dan kacau seketika.
3. Masukkan kubis ungu dan kacau sehingga sebati.
4. Hidangkan kubis ungu yang sudah siap dimasak lalu hiaskan dengan tomato ceri.
Kubis Goreng Tom Yam bersama Ayam sedia untuk dihidangkan |
*Saya tidak menggunakan garam bagi hidangan ini kerana pes tom yam sudah mempunyai rasa masin.
Baca resepi yang lain:
Resepi Nasi Goreng Tom Yam
Resepi Ayam Goreng Korea
Nampak sedap, cntik hiasannya. tq share resepi mana tahu nnt boleh try ni heheee
ReplyDeleteBoleh2. Kalau dah try nanti, boleh bagi komen sedap ke tak.
Deletenice! but first, kena cari purple cabbage. Thanks for sharing!
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
Welcome. Saya akan buat kunjungan balas ke blog nanti. Thank you follow.
DeleteAssalam..selamat berkenalan..dapat tahu pasal blog ni dari blog Sha Dzukapli :-
ReplyDelete0
Salam perkenalan. Terima kasih sudi singgah ke blog ni.
Deletetak pernah masak resipi ni..pes tom yam dah ada..cuma tggal cari kobis jek..kobis putih boleh tak? ke kena kobis ungu baru upmmhh
ReplyDeleteSaya tak pernah cuba lagi dengan kubis putih. Tak tahu macam mana rasanya. Kalau Jari Manis nak cuba dengan kubis putih boleh je. Nanti share macam mana rasanya.
DeleteWah.. menarik nie.. Selalu kubis ungu nie buat salad je.. Idea masakan yang menarik..
ReplyDeleteBoleh lah cuba nanti, Kak Sha.
Delete