Resepi Nasi Goreng Tom Yam

Hari ini saya ingin berkongsi resepi nasi goreng tom yam khusus buat peminat-peminat tom yam di luar sana. Hidangan ini sesuai dijadikan sarapan pagi atau makan tengah hari. Kalau ada nasi lebih, boleh lah masak nasi goreng ini daripada kita membazirkan nasi tersebut. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah diperoleh dan kebiasaannya memang ada di rumah. Anda boleh tambah atau kurangkan bahan-bahan sampingan yang digunakan seperti ayam dan kubis ungu mengikut cita rasa anda.

Bahan-bahan
3 biji bawang merah-ditumbuk (boleh juga dikisar)
4 ulas bawang putih-ditumbuk (boleh juga dikisar)
1 mangkuk nasi putih-untuk seorang makan
1 filet ayam-bersihkan dan potong kecil (boleh gantikan dengan nugget ayam, sosej, bebola ikan dll)
1 helai kubis ungu-dihiris
1/2 sudu pes tom yam Adabi (kalau rasa tak cukup boleh letak banyak lagi)
Minyak masak-untuk menumis

Hiasan
4 biji tomato ceri-potong dua
2 helai daun salad
*boleh juga gunakan timun


Antara bahan yang diperlukan: Filet ayam, kubis ungu, bawang putih dan bawang merah

Cara-cara memasak

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk. Biarkan seketika dan masukkan pes tom yam.

2. Setelah bahan-bahan tersebut garing, masukkan ayam dan kacau seketika.

3. Masukkan kubis ungu lalu kacau dan biarkan seketika.

4. Masukkan nasi putih dan kacau hingga sebati.

5. Hidangkan nasi goreng yang telah dimasak. Hiaskan dengan tomato ceri dan daun salad.

Nasi Goreng Tom Yam😋


*Boleh juga dihidangkan dengan telur mata kerbau. Saya tidak menggunakan garam dalam hidangan ini kerana pes tom yam sudah mempunyai rasa masin. Kalau anda rasa tahap kemasinannya belum mencukupi, boleh lah tambahkan garam.

Baca resepi yang lain:
Menu Makan Malam yang Ringkas: Kentang goreng bersama nugget ayam dan salad

Comments

  1. Sedapnya.. akak pernah makan meehoon goreng tomyam.. nasi goreng tomyam tak pernah lagi.. Menarik pula bila baca resepi Jannah nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang minat sangat makan mi sebab tu saya buat nasi goreng tom yam. Boleh lah akak cuba nanti.

      Delete

Post a Comment