Review Novel Jangan Menangis Cinta Karya Siti Rosmizah

Hai semua. Untuk entri kali ini, saya akan review novel Jangan Menangis Cinta karya Siti Rosmizah. Novel ini dah lama saya beli, iaitu pada tahun 2017. Rasanya saya beli sebab masa tu saya minat drama 7 Hari Mencintaiku yang diadaptasi daripada karya penulis Siti Rosmizah. Jadi, saya pun cari novel-novel beliau.

Memandangkan dua tiga tahun kebelakangan ini banyak drama yang diadaptasi daripada karya penulis dan kebanyakannya memang saya ikuti, saya pun cari semula novel beliau yang ada dalam koleksi saya. 

Jujur saya katakan, cover novel ini cantik dan jarang kita jumpa novel dengan tona warna biru sebegitu. Gambar budak kecil itupun membawa makna. Perkataan Cinta sebenarnya merujuk kepada kanak-kanak tersebut. 

Sebenarnya, banyak isu yang ingin saya ulas tentang novel ini. Jadi, mungkin entri ini lebih panjang daripada biasa😂. Mari kita baca review bagi novel ini.

Jangan Menangis Cinta Karya Siti Rosmizah


Judul: Jangan Menangis Cinta
Penulis: Siti Rosmizah
Genre: Cinta/Kekeluargaan
Tahun terbitan: 2017
Penerbit: SR Publication
Harga: RM 33.90
Mukasurat: 987

Review:
Apabila kita baca sinopsis, novel Jangan Menangis Cinta ini nampak sama seperti novel lain yang pernah dikeluarkan oleh penulis. Beliau masih mengekalkan elemen kahwin paksa tapi versi yang lebih ekstrem. 

Novel ini unik sebab lagi banyak watak antagonis atau watak yang mempunyai sikap negatif berbanding watak yang betul-betul baik. Biasanya ada satu atau dua je watak antagonis yang menyerlah. Tahap kekejaman pula adalah sampai tahap sanggup mencederakan anak kecil yang tidak bersalah.

Kesengsaraan Riyana bermula setelah Hariz memutuskan pertunangan mereka kerana arahan nek tuknya. Hariz berkahwin dengan Dina, bekas tunang Zafran (adik Hariz). Untuk membalas dendam, Zafran meyakinkan Mak Yang (ibu Riyana) agar membenarkan dia berkahwin dengan Riyana.

Agak sukar untuk Riyana menyesuaikan diri kerana dia bukanlah menantu pilihan. Dia didera secara fizikal dan mental sama seperti yang dilalui oleh ibu Hariz. Namun, Riyana cuba bertahan terutamanya setelah dia dan Zafran saling mencintai. Nasib baik Zafran ni jenis yang keras kepala dan bukan ikut saja semua yang diarahkan oleh nek tuknya.

Boleh dikatakan nek tuk Hariz dan Zafran ini bersifat diktator. Semua orang mesti mengikut arahannya. Ibu Hariz dimadukan dan diminta tinggal dalam satu rumah dengan madunya, Sabrina. Hariz dan Zafran pula menjadi mangsa keadaan kerana kesalahan yang dilakukan oleh Jefri, anak kesayangan nek tuk.

Novel Jangan Menangis Cinta ini memaparkan pelbagai isu kekeluargaan. Dalam keluarga Riyana, Mak Yang seorang yang garang dan tidak menghormati suaminya. Selain itu, Mak Yang mempunyai dua personaliti berbeza. Dia sangat baik dengan jiran-jiran tetapi suami dan anak-anaknya dilayan dengan teruk. 

Mak Yang ini adalah seorang ibu yang sentiasa nampak salah anak dan sering memburukkan anak-anaknya di depan orang luar. Lebih kurang sama sikapnya seperti nek tuk. Mereka adalah ibu yang sentiasa merasakan tindakan mereka betul. Akibatnya, anak-anak yang menderita.

Dalam banyak-banyak babak, saya rasakan babak Riyana diceraikan oleh Zafran kerana memilih anak mereka, Cinta Aryana, adalah babak yang paling menyedihkan. Semuanya kerana hasutan orang lain dan mungkin juga kerana Zafran dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan kesempurnaan.

Konflik dalam novel ini agak berat dan emosi yang cuba disampaikan dapat dirasai. Itulah keistimewaan karya penulis Siti Rosmizah. Kalau babak sedih, memang betul-betul rasa sedih terutamanya apabila teringat Cinta yang disisihkan oleh ramai orang termasuk papanya kerana tiada kaki.

Cinta Aryana dinafikan haknya sebagai seorang anak hanya kerana dia mempunyai kekurangan fizikal. Namun, saya kagum dengan Riyana yang sanggup berkorban untuk membesarkan Cinta Aryana. Bukan senang untuk membesarkan anak istimewa terutamanya apabila perlu berdepan dengan hinaan daripada orang lain.

Boleh dikatakan saya agak berpuas hati dengan penamatnya kecuali bahagian salah satu watak yang baik meninggal dunia. Mak Yang, nek tuk, Sabrina dan Dina menerima balasan masing-masing. Kalau mereka tidak insaf lagi selepas diuji sedemikian, tak tahulah nak kata apa. 

Cuma saya rasakan kekurangan novel ini adalah penyusunan babak-babak yang ada. Kadang-kadang, agak mengelirukan babak mana yang sedang dibaca kerana tidak ada jarak yang jelas antara babak yang berlainan. Kalau ada perenggan/jarak untuk memisahkan setiap babak, lebih mudah. 

Pengajaran:
- Menerima anugerah yang diberi dengan hati yang terbuka. Zafran seharusnya menerima Cinta Aryana sepenuhnya walaupun anaknya itu ada kekurangannya. Hal ini kerana, anak itu satu anugerah yang bukan semua orang mampu memilikinya.
- Anak-anak dicorak oleh ibu bapanya. Kakak sulung Riyana membesar sebagai seorang yang keras kepala dan sering melawan ibunya kerana itulah sikap yang ditunjukkan oleh Mak Yang kepada anak-anaknya. Jefri pula tidak tahu untuk bertanggungjawab di atas perbuatannya kerana nek tuk sentiasa membantu untuk menyelesaikan masalah yang dicetuskan oleh Jefri.
- Jangan menghina orang lain. Keluarga Zafran sering menghina Cinta Aryana yang tidak sempurna. Namun, apabila keluarga mereka ditimpa masalah, orang yang tidak sempurna fizikalnya seperti Cinta membantu mereka. Ini membuktikan bahawa setiap orang itu Tuhan ciptakan istimewa.

Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.5/10 bintang kepada novel ini. Kalau anda rasa Mak Leha dalam 7 Hari Mencintaiku sudah kejam, watak antagonis dalam novel ini lebih berani dan lebih kejam. Banyak pengajaran yang dapat kita hayati  daripada isu-isu kekeluargaan yang dipaparkan.

Comments

  1. dah baca novel ni, memang sakit hati dengan hero dia. bukan hero je banyak la watak yg menyampah..haha

    ReplyDelete
  2. Macam dah pernah bacaa tapi tak ada dalam kotak memori ingatan langsung hahaha. Tapi novel karya SR memang best! Ada satu novel SR yang tak menarik bagi saya iaitu cukup derita itu rasanya. Yang ditayangkan di tv sekarang ni.

    Baca review jannah ni, rasa menyampah sungguh dengan nek tukk tuu. Tak padan tua hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukup derita itu saya belum tonton lagi sebab saya tonton rindu awak separuh nyawa.

      Delete
    2. Aaa knp ta bg oandangan awk Atiqah Najihah cukup derita itu tak menarik?bg sy cukup derita itu menarik lbh kurang juga karya SR yg lain..sy dah tonton cukup derita itu..

      Delete
  3. kesiannya anak-anak Mak Yang selalu hidup dalam perbandingan. Tapi hakikatnya ramai je Asian parents macam tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kesian mereka yang selalu dibanding-bandingkan. Pencapaian orang lain dipuji tapi pencapaian anak sendiri tidak dihargai pun.

      Delete
  4. Maaf nak tanya. Siapa watak baik yang meninggal dunia tu? Cinta ke? So ending dia Adakah Riyana bahagia semula dgn Zafran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak berapa ingat sebab dah lama saya baca novel ni😅.

      Delete
  5. Apa terjadi apa Hariz ye? Bila Riyana dgn Zafran berbaik semula? Sakit betul dengan heronya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hariz kesian sbb Tak dak sape2..nnt mak hariz meninggal then Riana dgn zaf bhgia ..

      Delete
    2. Sad ending untuk Hariz tapi happy ending untuk Riyana dan Zafran.

      Delete
  6. lor harapkan hariz dpt bsama riyana...

    ReplyDelete
  7. lepas baca sinopsis baru akak tau yg cinta tu nama anak diorang... satu lg drama tv adaptasi novel skrg.. aku pilih bahagia.. patutlah mcm penah dgr je rupanya adaptasi novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kak. Cinta tu nama salah satu watak dalam novel ni.

      Delete
  8. tolonglah versi drama ni riya jgn pilih zaf..annoying pulak bekas laki dok layan mcm sampah, last2, end up dgn bekas laki tu jugak..cliche..kalau real life mmg xde la nak terima balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pastilah macam mana ending dramanya nanti.

      Delete

Post a Comment