Review KFC Value Bowls: Loaded Go Bowl dan Original Go Bowl

KFC menawarkan Value Bowls yang terdiri daripada empat pilihan iaitu Curry Lava Rice Bowl, Loaded Potato Bowl, Loaded Go Bowl dan Original Go Bowl. Harga untuk KFC Value Bowls ini bermula serendah RM 3.70. Memandangkan saya merupakan penggemar KFC, jadi saya ingin membuat review tentang KFC. Tapi saya hanya fokus pada 2 daripada empat pilihan tersebut untuk entri ni. Sebelum tu, mari kita lihat bagaimana rupa Loaded Go Bowl dan Original Go Bowl.


My model with Loaded Go Bowl & Original Go Bowl
Perbezaan antara kedua-duanya adalah sos atau kuah yang digunakan. Loaded Go Bowl menggunakan sos yang sama seperti sos cheezy wedges manakala Original Go Bowl menggunakan kuah whipped potato dan terdapat chili flakes. Kedua-duanya mengandungi fries and zinger chunks. Bagi saya, kedua-duanya sedap tetapi kuantitinya agak sedikit. Kalau dibandingkan harga RM 3.70 dengan kuantiti yang diberikan, boleh dikatakan berbaloi. Bagi pelajar universiti, harga RM 3.70 tu boleh dikira mampu milik lah. Cuma kalau boleh tambah kuantiti tapi masih dengan harga yang sama adalah lebih baik. Yang tak best tentang kedua-dua KFC Value Bowls ni adalah jangka masa kesedapannya dapat bertahan. Kalau nak betul-betul rasa kesedapannya, lebih baik dine in daripada take away. Dari segi pembungkusan, KFC memang akan disediakan seperti gambar diatas sama ada untuk dine in atau take away. Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

Loaded Go Bowl:
Rasa- 4.8
Kuantiti-3.8
Harga-4.0
Pembungkusan-4.5
Jumlah: 4.3 daripada 5 bintang

Original Go Bowl:
Rasa- 4.8
Kuantiti-3.8
Harga-4.0
Pembungkusan-4.5
Jumlah: 4.3 daripada 5 bintang


My model 

Selepas saya mencuba Loaded Go Bowl dan Original Go Bowl, saya memang akan repeat order apabila ke KFC sebab dari segi rasa memang sedap cuma kuantiti je yang sedikit. Siapa-siapa yang pergi ke KFC masa tengah lapar sangat, saya cadangkan untuk beli hidangan lain juga sbb memang tak kenyang kalau makan kedua-dua ni sahaja. 

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 
Sampai sini saje untuk entri kali ni. Wait for my next review, okay.😊

Comments

  1. Replies
    1. Saya recommend akak cuba dua-dua ni. Siapa yang suka cheezy wedges, ,mesti suka Loaded Go Bowl tu.

      Delete
  2. Akak suka cheezy wedges. Tapi tak pernah lagi try yang ni. Thanks atas infonya, nanti boleh try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Lepas try nanti, bolehlah akak buat review pula.

      Delete
  3. sy suke yg loaded potato bowl tu pasni nk try yg loaded go bowl pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu order loaded go bowl dan hidangan lain juga. Biasanya order loaded potato bowl kalau tak terasa nak beli hidangan lain sebab memang mengenyangkan bila makan loaded potato bowl je.

      Delete
  4. Replies
    1. Bolehlah cuba lepas ni. Saya dah banyak kali repeat order.

      Delete
  5. Replies
    1. X boleh. Mesti dine in. Tiada untuk KFC delivery.

      Delete

Post a Comment