Resepi Labu Kuning Goreng Ikan Bilis

Apa khabar semua pengunjung setia blog The Wonderful Jannah?
Hari ini saya ingin berkongsi resepi untuk sayur iaitu labu kuning. Tak tahu kenapa sekarang ni tengah mood  nak makan sayur yang berwarna-warni😂. Kebetulan masa keluar hari tu saya ternampak labu kuning. Rasanya dah lama tak makan labu. Jadi, saya pun belilah.

Sebenarnya, ini percubaan pertama saya untuk masak labu. Sebelum ni dah banyak kali makan labu, tapi tak pernah lagi masak sendiri di rumah. Masa beli labu tu, saya tak tahu pun nak masak resepi apa. Terus masukkan dalam troli. Apabila nak masak nanti, barulah fikirkan resepinya. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk masak labu goreng ikan bilis sebab secara kebetulan saya beli ikan bilis juga masak beli barang dapur.

Untuk ikan bilis tu, saya memang tumbuk sebab saya bukanlah penggemar ikan bilis. Saya makan makanan yang dimasak menggunakan ikan bilis dengan syarat tak nampak rupa ikan bilis tu. Sebab tu ikan bilis tu saya tumbuk dulu. Lagi satu, saya kurang percaya kalau orang lain siang ikan bilis untuk buang tulang. Kalau saya sendiri yang proses, barulah lebih meyakinkan untuk makan😅. Tanpa berlengah lagi, jom baca resepinya.

Bahan-bahan
Labu kuning-dihiris nipis-nipis
4 ulas bawang putih-ditumbuk
2 biji bawang merah-ditumbuk
1 genggam ikan bilis-ditumbuk (boleh ubah kuantiti)
Air-satu piring
Minyak masak-untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk.

2. Apabila bawang dan ikan bilis telah garing, masukkan labu. Kacau seketika.

3. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.

4. Setelah tekstur labu sudah lembut dan air sudah kering, tutup api dan angkat labu yang sudah siap dimasak.

Labu Kuning Goreng Ikan Bilis
Kalau tengok dari segi rupa, macam menjadi masakan ni walaupun pertama kali masak labu. Tak sangka memang sedap sampai rasa tak cukup. Boleh masak lagilah lepas ni. Sesiapa yang ada resepi masakan labu yang lain, dialu-alukan untuk kongsi di ruangan komen. Bolehlah saya cuba resepi lain pula lepas ni.

*Saya tidak letakkan garam dalam resepi ini kerana ikan bilis sudah mempunyai rasa masin. 

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Akak tak leh makan labu...semput nanti...terpaksa plak ke spital....hehehe..tapi boleh gantikan dengan sayur lain kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh. Kalau tak boleh makan, baik jangan cuba, Kak SA. Boleh je gantikan dengan sayur lain. Tak ada masalah.

      Delete
  2. kalau labu akak buat masak lemak cili api dengan udang je sebab kena rasa dia dengan udang. Goreng ni tak pernah lagi. Boleh try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu juga makan labu masak lemak tapi tanpa udanglah sebab saya tak makan udang.

      Delete
  3. Mesti sedap ni....nyum2, cheq suka juga makan labu 😋

    ReplyDelete
  4. Nanti JR boleh cuba buat labu goreng tempura pula, sedap juga tu 🤤😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks untuk cadangan. Boleh cuba nanti masak labu goreng tempura😋.

      Delete
  5. Mama pun x penah masak juga tapi mesti sedap Kan mnis masin

    ReplyDelete
  6. 1st time dengar resepi ni..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment