Resepi Kailan Goreng

Hai semua.
Hari ini saya kembali berkongsi resepi dengan anda semua. Rasanya saya kurang berkongsi resepi bagi sayur berwarna hijau di blog ni. Hal ini kerana, kebanyakan sayur berwarna hijau seperti sawi, kailan, kangkung dan sebagainya tidak tahan lama. Memandangkan saya sibuk dengan pengajian di universiti, saya tidak dapat memasak setiap hari dan sering membeli sayur-sayuran yang tahan lama sahaja.

Namun, tiba-tiba, saya teringin untuk makan sayur kailan kerana jarang masak sayur berdaun. Kebiasaannya orang masak kailan goreng ikan masin, tapi saya hanya masak kailan goreng biasa kerana tiada ikan masin di rumah. Jadi, marilah kita baca resepinya.

Bahan-bahan
Kailan-dihiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih-diketuk
5 biji bebola ikan-dipotong dua
1 keping bean curd-dihiris
Garam-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga garing.

2. Masukkan bebola dan bean curd. Kacau buat seketika.

3. Masukkan kailan lalu kacau.

4. Apabila kailan sudah layu, masukkan garam.

5. Hidangkan kailan goreng yang sudah siap dimasak.

Kailan Goreng

Jika anda tahu resepi untuk kailan selain daripada kailan goreng ikan masin, dialu-alukan untuk berkongsi resepi di ruangan komen. Mungkin saya boleh mencuba resepi anda pula.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Selalu kalau tak ada ikan masin memang masak dengan sos tiram je.. sedap juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kalau masak letak sos tiram tapi saya tak boleh makan sos tiram😅.

      Delete
  2. Suka makan sayur hijau. Sawi paling fav. Kalau xde sawi, kailan pun makan juga. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Saya pun minat sawi tapi bukan semua jenis sawi lah😅

      Delete
  3. Memang sedap. Bolehlah cuba nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment