Hai semua.
Rasanya sudah lama saya tidak berkongsi resepi. Kali terakhir adalah dua minggu yang lalu, iaitu resepi kubis ungu goreng rendang. Hari ini saya ingin kongsikan resepi pea sprout goreng berlada. Saya beli pea sprout tersebut di pasar raya, belum pernah nampak dijual di mana-mana pasar basah. Sebenarnya, saya selalu masak pea sprout cuma baru sekarang berkesempatan untuk kongsi resepi di blog ini.
Bahan-bahan
1 paket pea sprout
4 ulas bawang putih-ditumbuk (boleh juga dikisar)
3 biji bawang merah-ditumbuk (boleh juga dikisar)
1 sudu cili giling (boleh ubah kuantiti ikut selera masing-masing)
Ikan bilis-ditumbuk (kuantiti ikut selera masing-masing)
Minyak masak-untuk menumis
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis yang telah ditumbuk.
2. Masukkan cili giling dan kacau.
3. Apabila bawang dan ikan bilis sudah garing, masukkan pea sprout.
4. Apabila pea sprout telah layu, angkat dan hidangkan.
Sesiapa yang sudah cuba atau ada resepi pea sprout yang lain, boleh kongsikan di ruangan komen. Jumpa lagi dalam entri yang lain.

Pea Sprout Goreng Berlada |
Sesiapa yang sudah cuba atau ada resepi pea sprout yang lain, boleh kongsikan di ruangan komen. Jumpa lagi dalam entri yang lain.
Baca resepi yang lain:
wahhh.. sedap :)
ReplyDelete👍
DeleteSedapnya :)
ReplyDeleteMemang sedap. Saya memang selalu goreng berlada je kalau beli pea sprout.
DeleteSaya suka masak pea sprout dengan soy sauce tapi letak ikin bilis macam lagi umph. Nak try nanti
ReplyDeleteOoh, saya tak pernah cuba lagi masak pea sprout dengan soy sauce.
Delete