Resepi Salad Goreng Lada Hitam

Hai semua pengunjung blog The Wonderful Jannah. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ni. Mungkin ada yang sedang mencari resepi untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam. Jadi, saya ingin kongsikan resepi salad goreng lada hitam.

Kebiasaannya saya berkongsi resepi yang melibatkan kubis ungu tetapi hari ini saya ingin mencuba sayur yang berbeza. Cara penyediaannya mudah dan sesuai bagi mereka yang mempunyai masa yang terhad untuk memasak seperti pelajar universiti dan ibu bekerjaya. Mari kita baca resepi untuk hidangan ini.

Bahan-bahan
Salad
5 ulas bawang putih-3 ulas dicincang dan 2 ulas dihiris
Serbuk lada hitam-secukupnya
Garam-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih yang telah dicincang.

2. Setelah bawang putih tersebut garing, angkat dan masukkan ke dalam satu mangkuk.

3. Dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan bawang putih yang telah dihiris. Goreng sehingga garing.

4. Masukkan salad dan kacau lalu biarkan seketika.

5. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau.

6. Masukkan garam dan kacau rata. Angkat salad yang sudah siap digoreng.

7. Taburkan bawang putih cincang yang telah digoreng terlebih dahulu ke atas salad tersebut.

Salad goreng lada hitam

Selamat mencuba. Sesiapa yang sudah cuba dialu-alukan untuk meninggalkan komen tentang hidangan ini.


Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Yea xsuka sgat makan salad. Hihihi. Tp melihat kpd resipi ni mungkin boleh try makan salad kalau masak yg mcm ni. Nampak sedap jugak ni lada hitam. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah cuba. Mana tahu Yea jadi penggemar salad pula lepas ni😂

      Delete
  2. simple betul resepi ni, boleh la ibu ibu yang bekerja tu masak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang simple je. Sesuai untuk yang memang sibuk dan tak banyak bahan masakan kat rumah.

      Delete

Post a Comment