Resepi Kacang Panjang Goreng Kicap

Hai semua. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog The Wonderful Jannah. Hari ini saya kembali dengan perkongsian resepi. Resepi untuk hari ini ialah kacang panjang goreng kicap.

Memandangkan FYP I telah pun selesai, adalah sedikit masa untuk saya memasak dan menikmati waktu makan. Sebelum ni, nak makan pun tak sempat😂. Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan 
3 ulas bawang putih-diketuk
1 biji bawang besar-dihiris
Kacang panjang-dipatah-patahkan
Kicap manis-secukupnya
Minyak masak

Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih.

2. Apabila bawang putih sudah garing, masukkan kacang panjang. Kacau seketika.

3. Masukkan kicap manis dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan bawang besar dan masak sehingga layu.

5. Hidangkan kacang panjang yang sudah siap dimasak. 

Kacang Panjang Goreng Kicap

Saya saja tak letak garam kerana sudah gunakan kicap. Bagi yang nak tambahkan garam, tak ada masalah pun. Bawang besar pun tak wajib letak. Kalau tak sempat masak tu, saya buat ulam saja. Makan dengan tempoyak.

Anda semua selalu masak kacang panjang macam mana? Boleh kongsikan di ruangan komen. Selamat mencuba.

Comments

  1. Akak x makan kacang panjang...kalau tukar kacang buncis ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je kalau nak gantikan dengan kacang buncis, Kak SA.

      Delete
  2. Kalau akak, suka tambah tahu.. potong kecik kecik.. sedap.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Cheq dah lama tak pekena kacang panjang, rindu aihh nak makan sayoq kacang panjang goreng kicap macam nih 🤤

    ReplyDelete
  4. kalo akak mesti nk ganti dengan kacang buncis.
    kenot go sangat kacang panjang. tapi kalo buncis memang lajuu makan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbalik lah kita, SYM. Saya lagi prefer kacang panjang😅.

      Delete
  5. nampak sedap tu Jannah, pertama kali ke sini dan follow #90, salam ukhuwah dari kak AJ

    ReplyDelete
  6. Terima kasih sudi follow blog saya, Kak AJ😊. Tunggu saya visit blog akak😉.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya sis... nak kena cuba jugak ni..jarang masak mcm ni..
    salam kenal sis.. follow sini ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dipersilakan untuk cuba, sis. Thank you sudi follow sini. Nanti saya follow back😉.

      Delete
  8. Sesdap. masak sayur memang mudah :)

    ReplyDelete

Post a Comment